Bagi burung makan McDonald’s, dua beradik didenda £300

Bagi burung makan McDonald’s, dua beradik didenda £300 

LONDON – Dua beradik di Britain didenda £150 (RM803) seorang kerana kesalahan memberi makan kentang jenis hashbrown kepada sekawan burung merpati, Rabu lalu.

Jacqueline Falconer, 53, dan adiknya, Nicola, 48, ketika itu baru selesai membeli-belah bagi menyambut kedatangan Krismas di Bandaraya Manchester.

 

Mereka dalam perjalanan pulang apabila singgah di restoran makanan segera McDonald’s untuk membeli sarapan.

Jacqueline dan Nicola kemudiannya duduk di tangga Piccadilly Gardens untuk menikmati sarapan namun dikerumuni burung merpati sebaik sahaja mereka membuka bungkusan makanan.

See also  Hero Perang Merpati Selamat 1000 Tentera Inggeris dari dibom rakan sekutu

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Adik beradik dari Salford itu memberikan kawanan burung merpati itu sepotong kentang hashbrown dengan harapan ia akan berhenti mengerumuni mereka.

Beberapa saat kemudian, Jacqueline dan Nicola didatangi dua pegawai penguatkuasa yang memberikan tiket denda kepada mereka berdua.

“Kami berdua takut pada burung jadi apabila mereka terbang ke arah kami, saya dan adik bertindak memberi makanan untuk menghalaunya pergi,” kata Jacqueline kepada Manchester Evening News.

See also  Video@Sakit hati kerana dihimpit balas dengan jatuhkan cermin sisi Myvi

 

“Pegawai tersebut datang dan mengatakan bahawa kami tidak dibenarkan membuang makanan kepada burung dan ada papan tanda di seberang taman yang menyatakan peraturan itu,” katanya.

Dua wanita itu dikenakan denda sebanyak RM1,606 bagi pihak Majlis Bandaraya Manchester namun bertegas untuk tidak membayarnya.

Mereka akan mengemukakan rayuan di mahkamah dan menganggap denda yang diterima adalah tidak masuk akal. – Agensi

See also  VIDEO Dua pelajar wanita diganggu lelaki psiko Laporan Polis telah menyusul

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bagi burung makan McDonald’s, dua beradik didenda £300 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146200
Users Today : 2649
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21506
Users Last 30 days : 77598
Users This Month : 39925
Users This Year : 146199
Total Users : 146200
Views Today : 3639
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32696
Views Last 30 days : 118912
Views This Month : 60826
Views This Year : 223216
Total views : 223217
Who's Online : 53
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares