Lapan lagi PATI masuk secara haram ke Sarawak diusir pulang

Lapan lagi PATI masuk secara haram ke Sarawak diusir pulang

 

KUCHING, 12 Disember: Cubaan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) menyelinap masuk ke sempadan Sarawak gagal apabila ditahan oleh anggota keselamatam semasa Op Benteng pada 10 Disember hingga 12 Disember 2020.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam kenyataan berkata dua daripada PATI itu ditahan semasa sepasukan anggota melaksanakan rondaan keselamatan sempadan di lorong-lorong tikus sekitar Sektor Balai Ringin pada 10 Disember lalu.

See also  Kemaskini kes ragut Farmasi Gombak 2 suspek telah ditahan

 

Selain itu, hasrat lima PATI lagi yang berasal dari Entikong untuk bekerja di Kuching melalui jalan tikus gagal apabila ditahan anggota keselamatan di Sektor Tebedu pada 11 Disember 2020.

Manakala seorang PATI yang nekad berjalan menuju ke arah Pos Sekatan Jalan Raya (SJR) Serikin ditahan oleh anggota yang sedang berkawal dalam operasi hari ini.

 

Hasil pemeriksaan ke atas PATI tersebut mendapati tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan turut menyatakan ingin ke Kuching mencari kerja.

See also  Keluar Simpang Mesti Toleh Kanan dan Kiri

Kesemua lapan PATI yang ditahan dalam operasi yang berasingan itu diusir pulang ke negara asal mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, tekanan dan desakan untuk menampung kos sara hidup yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan pintu sempadan antarabangsa yang masih ditutup mungkin menjadi penyebab kepada cubaan PATI masuk ke Sarawak secara haram.

Ujarnya, sejak 1 Disember hingga hari ini, lima kes penahanan direkodkan melibatkan seramai 15 PATI diusir pulang ke negara asal.

See also  Budak lelaki terperangkap dalam kereta

#info✍️

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lapan lagi PATI masuk secara haram ke Sarawak diusir pulang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155708
Users Today : 498
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24103
Users Last 30 days : 79532
Users This Month : 49433
Users This Year : 155707
Total Users : 155708
Views Today : 816
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36328
Views Last 30 days : 122370
Views This Month : 75647
Views This Year : 238037
Total views : 238038
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares