Skuter elektrik dilarang berada di atas jalan raya di KL mulai 1 Jan 2021 – Polis

Skuter elektrik dilarang berada di atas jalan raya di KL mulai 1 Jan 2021 – Polis

12/12/2020 06:24 PM

 

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Bermula 1 Jan depan, penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya atau kawasan selain yang digazetkan di ibu negara adalah dilarang dan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 boleh dikenakan terhadap individu yang ingkar.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata penggunaan skuter elektrik hanya dibenarkan di tempat yang digazetkan seperti di taman-taman permainan, kawasan penjalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.

 

“Penunggang skuter elektrik tidak dibenarkan untuk menggunakannya di atas jalan raya kerana ia menganggu pengguna jalan raya yang lain, boleh mendatangkan bahaya atau terlibat kemalangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

See also  Mengamuk tak dapat wang beli dadah, lelaki bakar motosikal

 

Katanya, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai tindakan penunggang skuter elektrik yang menunggang di atas jalan raya di ibu negara.

 

“Setakat ini, polis telah mengenal pasti tiga kawasan aktif penggunaan skuter berkenaan di ibu negara, iaitu di sekitar Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.

 

“Pihak polis sedang memantau orang ramai yang bermain skuter itu di atas jalan raya dan setakat ini, kami tidak mengambil tindakan dan hanya menasihatkan dahulu sebelum tindakan mula dikenakan pada 1 Jan depan,” katanya.

 

Katanya, penunggang skuter elektrik perlu memohon lesen kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jika mahu menggunakan skuter berkenaan di atas jalan raya.

See also  Hari ini dalam sejarah 8 September 1955. Pengampunan Pengganas Komunis

 

Zulkefly berkata, setelah dikuatkuasakan, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 54 APJ 1987 dengan kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM1,000.00 atau penjara tiga bulan.

 

Penggunaan skuter elektrik mula diperkenalkan pada Mei lepas dan kini menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat kerana ia memudahkan pergerakan khususnya mereka yang berjalan kaki dan menaiki pengangkutan awam.

 

Kenderaan skuter elektrik tergolong di bawah takrifan Kenderaan Mikromobiliti. Di bawah pindaan terbaharu APJ (Oktober 2020) Seksyen 2 (b) takrifan bagi kenderaan mikromobiliti bermaksud, ‘mana-mana kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia dan mempunyai kelajuan maksimum 50km sejam.

See also  Kes tembak anggota PGA: 6 penyeludup berjaya ditahan

 

Terdahulu, Zulkefly mengetuai operasi khas pasukan (JSPT) Kuala Lumpur memberi kempen advokasi dan mendidik penunggang skuter elektrik di tiga lokasi di ibu kota.

 

— BERNAMA

#UpdateInfo????????

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Skuter elektrik dilarang berada di atas jalan raya di KL mulai 1 Jan 2021 - Polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156769
Users Today : 610
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23424
Users Last 30 days : 78855
Users This Month : 50494
Users This Year : 156768
Total Users : 156769
Views Today : 1143
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35556
Views Last 30 days : 121493
Views This Month : 77694
Views This Year : 240084
Total views : 240085
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares