Mangsa kemalangan gagal dihubungi sehari
.
PETALING JAYA – Ibu kepada mangsa kemalangan berhampiran bulatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang semalam mendakwa anaknya gagal dihubungi sebelum dimaklumkan terlibat dalam kemalangan.
.
Ibu kepada Afiq Zainudin, 24, berkata, anaknya gagal dihubungi akibat pengsan selepas terlibat dalam kemalangan.

Katanya, anak bongsunya itu kemudian tersedar sebelum berjalan kaki dalam keadaan berlumuran lumpur bagi mendapatkan bantuan di pos Bantuan Malaysia Airlines Bhd (MAB) berhampiran terminal.
.
Difahamkan, Afiq keluar ke Ara Damansara pada Rabu lalu dan tidak dapat dihubungi lebih 24 jam.
.
“Semalam saya call dia (Afiq) enam kali bermula pukul 1 pagi namun tidak dijawab manakala pada tengah hari telefon gagal dihubungi terus.
.
“Saya nekad membuat laporan polis pada sebelah petang sebelum menerima panggilan memaklumkan anak saya terlibat dalam kemalangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
.
Menurutnya lagi, anak lelakinya itu masih trauma dan tidak ingat kejadian yang menimpanya.
.
“Saya terkejut dengan apa yang menimpa Afiq namun bersyukur ada pihak membantu termasuk menghubungi saya bagi memaklumkan kejadian,” ujarnya.
.
Terdahulu, kejadian kemalangan itu tular di media sosial selepas dikongsi anggota polis bantuan, Azizi Azizan yang memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan itu.
.
Menerusi perkongsian di Facebook Azizi itu, dia menceritakan curiga didatangi pemuda yang kelihatan seperti orang kurang siuman kerana penampilannya yang tidak terurus dan badannya penuh lumpur.
.
Walaupun begitu, Azizi segera memberi bantuan dan mendapati mangsa sebenarnya baru sahaja sedarkan diri daripada kemalangan kereta dinaikinya. – K! ONLINE
.
Oleh MALINDA ABDUL MALIK
11 Disember 2020, 9:46 pm
- Gambar: Media sosial
▶️Kosmo
#kongsiinfo✍️
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Mangsa kemalangan gagal dihubungi sehari . " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.