Sejarah tercipta! Wanita berdarah kacukan Malaysia-Vietnam bergelar Datuk Bandar termuda di California

Sabtu, 12 Disember 2020 9:50 PM

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Jocelyn Yow yang mempunyai darah kacukan Malaysia-Vietnam-Cina-Amerika dilantik sebagai Datuk Bandar termuda di California. Foto: Instagram Jocelyn Yow

 

SEJARAH tercipta di bandar raya Eastvale, California apabila seorang wanita muda berketurunan Asia dilantik sebagai Datuk Bandar.

 

Lebih membanggakan, Jocelyn Yow, 25, juga mempunyai darah Malaysia di sebelah bapanya, manakala ibunya pula berasal dari Vietnam.

 

Ibu bapanya berpindah ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1990-an.

 

Yow yang juga ibu kepada seorang bayi lelaki berusia enam bulan dalam catatan di Instagram menyatakan bahawa dia bangga berketurunan Malaysia-Vietnam-Cina-Amerika.

See also  VIDEO Hari ini 31 Ogos 1957 64 tahun yang lalu, Stadium Merdeka dirasmikan. 

 

“Ayah saya berhijrah ke sini (AS) dari Malaysia pada tahun 1980-an untuk melanjutkan pelajaran dan masa depan yang lebih baik.

 

“Pada tahun 1996, kami terpaksa berpindah ke Malaysia ketika datuk saya didiagnosis menghidap barah, dan akhirnya saya menghabiskan lebih dari 10 tahun di sana (Malaysia), yang membolehkan saya belajar lebih banyak mengenai sejarah, warisan dan budaya keluarga kami.

 

“Saya bangga dilahirkan sebagai anak perempuan kepada ibu bapa saya, dan saya bangga menjadi orang Malaysia-Vietnam-Cina-Amerika,” katanya dalam perkongsian di laman itu. Malah dia juga berkongsi gambar mengenakan baju kebaya berwarna hitam.

See also  Motosikal melekat di badan bas kilang.

 

Yow secara rasmi mengangkat sumpah pada minggu ini sebagai Datuk Bandar, menjadikannya wanita termuda yang pernah dilantik sebagai Datuk Bandar di California.

 

Yow dipilih ke Majlis Bandaraya Eastvale pada tahun 2018 dan berkhidmat sebagai Datuk Bandar sementara.

 

Menurut CBS Los Angeles, Yow adalah lulusan Norco College dan UC Berkeley dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Harvard Extension.

See also  Maritim bantu pindahkan kapten kapal kargo diserang angin ahmar

 

Dia telah berkhidmat sebagai wakil daerah untuk Senat California dan juga sebagai pembantu bagi Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. – THE STAR

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sejarah tercipta! Wanita berdarah kacukan Malaysia-Vietnam bergelar Datuk Bandar termuda di California " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148841
Users Today : 448
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24147
Users Last 30 days : 80239
Users This Month : 42566
Users This Year : 148840
Total Users : 148841
Views Today : 618
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36904
Views Last 30 days : 123120
Views This Month : 65034
Views This Year : 227424
Total views : 227425
Who's Online : 20
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares