Ketukan misteri terhenti selepas penduduk buat rondaan malam

Ketukan misteri terhenti selepas penduduk buat rondaan malam

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

of

 

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

14 Disember 2020, 6:49 pm

 

JOHOR BAHRU – Penduduk di Kampung Melayu Majidee di sini kini boleh menarik nafas lega selepas gangguan ketukan misteri di beberapa rumah kawasan berkenaan terhenti sejak dua hari lalu.

 

Ketua Kampung Melayu Majidee, Md. Saleh Tukiran, 40, berkata, kejadian itu terhenti setelah penduduk membuat rondaan pada malam hari untuk mengetahui ‘siapa’ yang mengganggu mereka.

 

Ujarnya, pihaknya juga telah memaklumkan gangguan itu kepada polis setelah ia tular di media sosial baru-baru ini.

 

“Rondaan yang dilakukan penduduk kampung masih diteruskan sehingga kini dengan bantuan daripada anggota polis dan Pejabat Daerah.

See also  Lambo tak cukup SmartTAG ‘menyusup’ bawah palang elak bayar tol

 

“Kita masih belum tahu punca sebenar kejadian ini sama ada manusia atau membabitkan unsur mistik.

 

“Jika ianya berkaitan sihir atau gangguan makhluk halus sukar nak dijelaskan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini hari ini.

 

Baru-baru ini dua kediaman di Jalan Berkat di kampung berkenaan mendakwa diganggu ketukan misteri itu berlaku pada Jumaat dan Sabtu lalu.

 

Mereka mendakwa gangguan tersebut berlaku antara pukul 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi dan berlaku di pintu depan dan belakang rumah selain turut kedengaran seolah-olah orang mengilai.

See also  Terlepas tangan bapa, kanak-kanak lari ke tengah jalan maut dilanggar kereta

 

Selain Kampung Melayu Majidee, penduduk di Taman Serimbun, Iskandar Puteri turut mendakwa diganggu bunyi ketukan pintu sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pengawal keselamatan.

 

Namun, pengawal keselamatan memaklumkan pihaknya tidak melihat kelibat manusia di taman perumahan berpagar itu manakala pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah pengadu juga tidak mengesan sebarang pergerakan mencurigakan.

 

Tambah Md. Saleh lagi, walaupun gangguan itu sudah tidak berlaku namun pihaknya tetap mengambil keputusan untuk terus melakukan rondaan.

 

“Mustahil gangguan tersebut dilakukan budak-budak nakal di kampung ini kerana sejak pandemik Covid-19, majoriti penduduk sudah tidak keluar rumah pada waktu malam,” ujarnya.

See also  Ngeri Video Lelaki maut terjatuh dari tingkat 12

 

Sehubungan itu, pihaknya juga berharap lebih 30,000 penduduk kampung itu agar kekal bertenang dan tidak panik kerana perkara berkenaan sedang disiasat manakala sebarang masalah boleh dikemukakan kepada pihaknya. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ketukan misteri terhenti selepas penduduk buat rondaan malam " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156763
Users Today : 604
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23418
Users Last 30 days : 78849
Users This Month : 50488
Users This Year : 156762
Total Users : 156763
Views Today : 1107
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35520
Views Last 30 days : 121457
Views This Month : 77658
Views This Year : 240048
Total views : 240049
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares