Kluster Genting tercetus selepas kes indeks rentas negeri

Kluster Genting tercetus selepas kes indeks rentas negeri

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

BERNAMA | | 14 Disember 2020

 

Anggota tentera memasang pagar kawat berduri di kawasan terlibat di Genting Highlands.

A A

KUALA LUMPUR – Kluster Genting yang dikenal pasti baru-baru ini tercetus apabila kes indeks iaitu seorang warga asing dari Bangladesh merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakannya, seterusnya menjangkiti mereka.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes indeks telah merentas dari Selangor ke Genting Highlands.

See also  Info Covid-19  Kes positif dan Kluster baru serta kematian pada 13 Ogos 2021

 

“Kluster Genting telah dikenal pasti iaitu kes indeks seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakan.

 

“PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dikuatkuasakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut,” katanya menerusi Twitter rasmi beliau hari ini.

See also  Telur ladang CES 008 dilarang dijual di pasaran tempatan

 

Pada 4 Disember lepas, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kluster itu dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang yang melibatkan Daerah Titiwangsa juga Bentong apabila kes indeks (kes ke-66,878) dilaporkan positif pada 1 Disember hasil saringan tempat kerja.

 

Susulan itu, pada 9 Disember, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di ketiga-tiga kawasan membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Disember ini. – Bernama

See also  Lapuran Jangkitan Kluster Aktif Hari Ini
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kluster Genting tercetus selepas kes indeks rentas negeri " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156115
Users Today : 905
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24510
Users Last 30 days : 79939
Users This Month : 49840
Users This Year : 156114
Total Users : 156115
Views Today : 1649
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37161
Views Last 30 days : 123203
Views This Month : 76480
Views This Year : 238870
Total views : 238871
Who's Online : 5
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares