Tedung Selar 10kg berjaya ditangkap APM

Alor Gajah:14/12/2020 

“Ular itu memang besar dan memandang tepat ke arah kami,” kata Norliyana Juhari, 31, yang ternampak ular tedung selar di dalam longkang di depan rumahnya di Taman Sebang Gemilang, di sini, petang semalam.

 

  • Dalam kejadian jam 6 petang itu, Norliyana bersiap membawa tiga anaknya termasuk bayi berusia sembilan bulan menaiki motosikal.
  • “Ketika hendak mengambil motosikal, sekilas pandangan saya ternampak ular itu berdiri di dalam longkang di hadapan rumah.
  • “Saya bergegas membawa anak-anak masuk ke dalam rumah dan memberitahu suami sebelum menelefon Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah,” katanya dihubungi di sini hari ini.
See also  Budak mengamuk ditahan polis tunggang motosikal tanpa topi keledar

 

Menurutnya, ular itu dipercayai keluar dari kawasan semak dan ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya.

 

  • “Mujur saya ada menyimpan nombor APM kerana sebelum ini ada kes ular sawa.
  • Memang saya lega dengan tertangkapnya ular tedung itu, tapi agak bimbang kerana ada jiran taman mendakwa melihat ada seekor lagi ular dipercayai pasangannya,” katanya.
  • Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, dua pegawai dan tiga anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.30 petang.
  • Katanya, anggota diketuai Leftenan Muda (PA) Hanis Farahana Mohamad Zaki terus mengesan ular berkenaan dan menemui ia bersembunyi di dalam longkang.
  • “Selepas memastikan jenisnya, anggota APM cuba menangkap reptilia berbisa itu menggunakan penjerut, namun ia enggan keluar.
    “Anggota saya terpaksa menjolok ular itu keluar sebelum menangkapnya dalam masa 10 minit,” katanya.
  • Katanya, ular seberat kira-kira 10 kilogram itu akan dilepaskan ke habitat asal jauh dari kawasan penempatan.
  • SUMBER HARIAN METRO
See also  Ular sawa kenyang telan kambing 65 kilogram
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tedung Selar 10kg berjaya ditangkap APM " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Lalat memang dimusuhi tetapi ada rahsia kesihatan untuk manusia

Our Visitor

139376
Users Today : 552
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21505
Users Last 30 days : 74032
Users This Month : 33101
Users This Year : 139375
Total Users : 139376
Views Today : 738
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33386
Views Last 30 days : 114553
Views This Month : 51128
Views This Year : 213518
Total views : 213519
Who's Online : 39
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares