Tiada pesakit positif ditempatkan di First World, saringan dilakukan Jabatan Kesihatan

BENTONG: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial menyatakan individu positif Covid-19 diletakkan di Hotel First World di Genting Highlands.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Palsu
PALSU

Pengarah MKN negeri, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, berita itu tidak benar malah ujian saringan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan bukannya oleh pihak Genting.

 

“Mana-mana individu yang disahkan positif dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan ditetapkan manakala yang tidak positif diletakkan di Hotel First World.

See also  Sehingga 12 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 dilaporkan 8,574 kes

 

“Jadi tidak timbul isu seperti yang ditularkan di media sosial pada masa ini yang menyatakan individu positif diletakkan di Hotel First World,” katanya di sini hari ini.

 

Hari ini tular dalam media sosial mendakwa saringan kes Covid-19 di Genting Highlands dilakukan pihak swasta dan diletakkan di Hotel First World.

See also  Kilang Panasonic sahkan 116 pekerjanya positif COVID-19

 

Susulan itu juga dakwaan yang tular menyatakan pihak polis telah bertindak naik ke kawasan berkenaan hari ini.

 

Dalam pada itu, Mohd Zairasyahli berkata, pihak polis telah lama berada di kawasan berkenaan bagi mengawal susulan penularan kes Covid-19.

 

Katanya, kawalan ketat dilakukan selepas beberapa kawasan di Genting Highlands dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

 

Oleh #UTUSAN!

See also  Azabnya ketagihan gula untuk pulih

14 Disember 2020, 5:30 pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiada pesakit positif ditempatkan di First World, saringan dilakukan Jabatan Kesihatan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124383
Users Today : 3806
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22055
Users Last 30 days : 69728
Users This Month : 18108
Users This Year : 124382
Total Users : 124383
Views Today : 5717
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33496
Views Last 30 days : 108200
Views This Month : 27609
Views This Year : 189999
Total views : 190000
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares