JKM cari waris bayi ditinggalkan atas peti surat

JKM cari waris bayi ditinggalkan atas peti surat

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Georgetown: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan berusia 30 hari yang ditinggalkan di Flat Tingkat Paya Terubong 4, di sini, pada 1 November lalu.

 

Jurucakap JKM berkata, ia bagi membolehkan siasatan lanjut dan tindakan susulan termasuk proses dokumentasi bayi.

 

Katanya, bayi berkenaan kini dirujuk oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) kepada Pelindung Kanak-kanak Daerah Timur Laut.

See also  Polis buru pemandu kereta rempuh khemah SJR

 

“Bayi itu ditemukan sihat dan tanpa kecederaan oleh orang awam pada hari kejadian tanpa sebarang dokumen.

 

“Bayi terbabit diselamatkan mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya kepada NSTP, di sini, hari ini.

 

JKM juga sudah menerima kebenaran mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 pada 09 November lalu bagi melakukan siaran media.

See also  Video@Janji Kematian ketika hendak solat subuh

 

Waris atau kenalan serta orang awam yang mengenali ibu kandung bayi terbabit boleh menghubungi Pegawai Pelindung Kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut Stacy Wilfred Rogers di talian 04-650 5259.

 

Terdahulu, bayi yang dibalut dengan tuala putih dan diisi dalam beg sandang itu ditemukan orang awam di atas peti surat pada 12.40 tengah hari.

See also  Tahan sakit 30 minit, kepala tersangkut pintu jeriji
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " JKM cari waris bayi ditinggalkan atas peti surat " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156122
Users Today : 912
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24517
Users Last 30 days : 79946
Users This Month : 49847
Users This Year : 156121
Total Users : 156122
Views Today : 1657
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37169
Views Last 30 days : 123211
Views This Month : 76488
Views This Year : 238878
Total views : 238879
Who's Online : 3
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares