JKM kesan waris bayi lelaki

JKM kesan waris bayi lelaki

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kuala Kangsar: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) mengesan waris atau keluarga bayi lelaki berusia 53 hari yang ditinggalkan dalam kotak di Bandar Baru Kuala Kangsar, di sini, pada 23 Oktober lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Kangsar, Noralia Farida Zulkifli berkata, ia bagi membolehkan siasatan lanjut dan tindakan susulan dibuat mengikut undang-undang termasuk proses dokumentasi bayi itu.

Menurutnya, bayi berkenaan kini di bawah jagaan JKM menerusi perintah hak jagaan sementara dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Kangsar terhadap Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) sehingga 30 Disember ini mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001.

See also  {{Video}} Bayi perempuan ditinggalkan di tokong

 

“JKM sudah memohon kebenaran daripada pihak mahkamah mengikut Seksyen 15 AKK 2001 pada 30 November lalu untuk melakukan siaran media.

 

“Jika masih tiada waris atau keluarga yang menuntut bayi itu, permohonan kepada mahkamah akan dibuat sekali lagi bagi membolehkan bayi berkenaan dijaga oleh OYLS sehingga berusia dua tahun menerusi perintah hak jagaan tetap.

See also  {{Video}} Kecekapan Sjn Mejar Maznan berjaya selamatkan remaja cubaan bunuh diri

 

“Manakala permohonan untuk diserahkan kepada keluarga angkat hanya dapat dilakukan selepas bayi itu berusia dua tahun,” katanya.

 

Katanya, waris bayi itu diminta tampil atau menghubungi kakitangan Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Kangsar, Nor Hazlinda Mahamad di talian 05-7761198.

 

Terdahulu, media melaporkan sekumpulan peniaga kompleks niaga Bangunan UDA di Jalan Bendahara, Bandar Baru Kuala Kangsar menemui bayi itu yang dilahirkan pramatang serta masih bertali pusat ketika dijumpai kira-kira 9 pagi.

See also  [Video]Bunyi Tangisan bayi masih bertali pusat dalam bakul pakaian
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " JKM kesan waris bayi lelaki " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156122
Users Today : 912
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24517
Users Last 30 days : 79946
Users This Month : 49847
Users This Year : 156121
Total Users : 156122
Views Today : 1660
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37172
Views Last 30 days : 123214
Views This Month : 76491
Views This Year : 238881
Total views : 238882
Who's Online : 3
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares