Petani miliki senapang jenis AK47 ditahan

Petani miliki senapang jenis AK47 ditahan

 

Kota Bharu: 15/12/2020 Seorang petani ditahan kerana memiliki selaras senapang jenis AK47 dipercayai digunakan untuk menembak gajah yang merosakkan kebunnya di Kampung Bahagia, Kuala Krai.

 

Penahanan suspek dilakukan hasil serbuan di rumahnya oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Operasi Khas (D8) dan Siasatan Khas (D9) jam 11.30 malam, Ahad lalu.

 

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, berkata dalam serbuan itu turut menemui 142 butir peluru hidup iaitu 126 jenis Bore dan selebihnya 5.56 mm.

 

See also  Polis ‘sekolahkan’ pengguna ekzos bising

“Hasil soal siasat dijalankan, suspek yang berusia 50 tahun itu memberitahu senjata diperoleh dari seorang rakannya lima tahun lalu, selepas mengadu mengenai gajah yang sering merosakkan kebun buah seluas enam hektar miliknya.

 

“Rakannya memberikan senjata itu kepada suspek untuk tujuan menjaga kebunnya dan dalam tempoh itu dua gajah sudah ditembaknya.

 

“Suspek juga mengaku kali terakhir menggunakan senjata itu dua tahun lalu selepas sudah tiada lagi ancaman gajah liar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

See also  Viral Rakaman Lelaki Cubaan Terjun Dari Tingkat 11 Diselamatkan “Hero”

 

Shafien berkata, pihaknya turut menahan isteri suspek yang berusia 50 tahun dan sedang mengesan rakan suspek yang memberikan senjata itu kepadanya.

 

Menurutnya lagi, pasangan suami isteri itu ditahan reman bermula kelmarin hingga 19 Disember ini.

 

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan sebat tidak kurang daripada enam kali.

 

“Kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki

 

senjata api dan peluru dengan menyalahi undang-undang dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.

See also  Siri Cerita F-team PDRM Paska Tamat Ancaman Komunis

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 2:48 PM

 

Oleh Siti Rohana Idris

am@hmetro.com.my

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Petani miliki senapang jenis AK47 ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156102
Users Today : 892
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24497
Users Last 30 days : 79926
Users This Month : 49827
Users This Year : 156101
Total Users : 156102
Views Today : 1629
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37141
Views Last 30 days : 123183
Views This Month : 76460
Views This Year : 238850
Total views : 238851
Who's Online : 4
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares