Agong isytihar darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya

Agong isytihar darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya

Mohammad Yusri Muzammil
16 Disember 2020

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong berkenan mengisytiharkan darurat terhadap Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata baginda berpuas hati bahawa adanya keperluan mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap dua kawasan berkenaan.

Beliau menjelaskan sudah menyembah maklum akan nasihat Jemaah Menteri kepada Seri Paduka supaya mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua kawasan berkenaan.

Pengisytiharan itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi memahsyurkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No 2) 2020 Sn Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 3) 2020 di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

See also  Agong isytihar darurat terhadap Parlimen Batu Sapi

“Ia membolehkan PRK Parlimen Gerik dan DUN Bugaya yang telah dijadualkan pada 16 Januari depan, dibatalkan dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

“Dalam menyembah nasihat kepada baginda, Jemaah Menteri pada 4 Disember lalu, telah membincangkan secara terperinci akan kesan PRK Parlimen Gerik dan DUN Bugaya jika diadakan pada masa pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah diadakan secara serentak, pada 16 Januari 2021.

Kedua-dua kerusi itu kosong susulan kematian penyandangnya, Ahli Parlimen Gerik, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman (Barisan Nasional) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Allahyarhamah Datin Manis Muka Mohd Darah dari Parti Warisan Sabah (WARISAN).

See also  Bahagian-1 Perjuangan Air Mata Pembinaan Lebuhraya Timur Barat

Hasbullah meninggal dunia akibat sakit jantung di Raub, Pahang, pada 16 November lalu. Beliau memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan majoriti undi sebanyak 5,528.

Sementara itu, Manis Muka, 65, meninggal dunia akibat masalah buah pinggang di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, pada 17 November lalu. Beliau mempertahankan kerusi DUN Bugaya itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN), pada 26 Oktober lalu dengan majoriti 6,005 undi, mengatasi enam pencabarnya.

Muhyiddin berkata, Jemaah Menteri berpandangan kedua-dua PRK itu perlu dielakkan atas faktor ancaman kesihatan awam, ekonomi dan ketenteraman awam selepas mengambil iktibar penularan COVID-19 susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

See also  [ Video] Gajah kelaparan ceroboh kem askar Gerik

“Saya bagi pihak Jemaah Menteri menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda atas perkenan untuk mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua bahagian pilihan raya berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Parlimen Batu Sapi di Sabah, yang turut berdepan PRK turut dikenakan perintah darurat.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Agong isytihar darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133168
Users Today : 1563
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20480
Users Last 30 days : 69183
Users This Month : 26893
Users This Year : 133167
Total Users : 133168
Views Today : 2495
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31838
Views Last 30 days : 108180
Views This Month : 41814
Views This Year : 204204
Total views : 204205
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares