Duit derma surau kau rembat

Klang: Tidak hanya mengopak empat peti derma di sebuah surau di sini, malah dua penjenayah turut melarikan sebuah peti besi sejurus menceroboh masuk surau itu awal pagi tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian jam 4.48 pagi itu, dua penjenayah berusia lingkungan 20-an dikesan muncul menaiki kereta Proton Saga Aeroback berhampiran Surau Baitul Rahman, Aman Perdana di sini.

Pengerusi surau, Abdul Salam Khamsah berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasang surau itu, dua lelaki dilihat memanjat masuk ke dalam kawasan surau menerusi pagar pencawang telekomunikasi sebelum menuju ke dewan utama solat.

See also  30 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 16,840

Menurutnya, penjenayah kemudian meninjau kedudukan tabung surau serta memastikan tiada orang lain di sekitar surau sebelum cuba mengumpil peti sumbangan pertama jam 5.03 pagi.

“Penjenayah mulanya menggunakan kaedah ‘kait’ untuk mengeluarkan wang melalui lubang pada dua peti yang dilekatkan di lantai namun tidak berjaya mengeluarkan kesemua wang di dalamnya.

“Bagaimanapun peti derma ketiga dan keempat dipecahkan dan semua wang di dalamnya dilarikan,” katanya ketika dihubungi wartawan tadi.

Menurutnya, suspek kemudian mencabut peti derma kelima yang diletakkan di dinding surau.

See also  15 termasuk penjawat awam terlibat parti liar ditahan

“Mungkin menyedari siak surau sudah tiba untuk melaungkan azan Subuh, suspek bertindak membawa bersama peti sumbangan itu dan melarikan diri sekitar jam 5.32 pagi,” katanya.

Abdul Salam berkata, kejadian seumpama itu adalah pertama kali berlaku sejak surau itu dibina pada tahun 2012.

“Kami anggarkan kerugian bernilai RM3,000. Kali terakhir bendahari surau membuat kutipan pada tabung berkenaan adalah seminggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor bermula pada Oktober lalu.

“Laporan polis sudah dibuat jam 9.52 pagi tadi,” katanya.

See also  76 kes baharu dilaporkan di Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 8:04 PM

Ruwaida Md Zain
am@metro.com.my
Video: Media sosial

▶️HarianMetro
#kongsiinfo✍

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Duit derma surau kau rembat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133166
Users Today : 1561
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20478
Users Last 30 days : 69181
Users This Month : 26891
Users This Year : 133165
Total Users : 133166
Views Today : 2487
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31830
Views Last 30 days : 108172
Views This Month : 41806
Views This Year : 204196
Total views : 204197
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares