Lima beranak merempat, ditipu majikan

Lima beranak merempat, ditipu majikan

MIRI: Merempat di kaki lima, gara-gara ditipu majikan.

Sebuah keluarga berasal dari Bintulu terpaksa menjadikan kaki lima sebagai tempat berteduh selepas ditipu majikan.

Lima beranak tersebut merempat di kaki lima kerana, majikan yang menjanjikan pekerjaan gagal dihubungi sebaik tiba di Miri.

Hasrat untuk menyara keluarga dengan ditawarkan pekerjaan kontrak tidak kesampaian apabila sebuah keluarga terpaksa tidur di kaki lima selepas ditipu majikan.

See also  Dua Meninggal Dunia Selepas Kapal Langgar Pelantar Minyak di Sarawak

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mangsa, Ina Abdul Samad bersama suami serta tiga anak menjadikan kaki lima sebuah premis di Miri Times Square sebagai tempat tinggal, selepas mereka gagal menghubungi majikan.

Bagaimanapun, mereka sekeluarga berjaya diselamatkan orang awam.

Pegawai Tabung Baitumal Sarawak (TBS) Miri, Jabatan Kebajikan
Masyarakat Miri, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta anggota Volunteer Miri telah menjejaki keluarga malang tersebut dan membantu mereka.

Ketua Cawangan TBS Miri Marini Juraibi berkata, suami isteri ditawarkan
pekerjaan kontrak oleh majikan dan diberikan tambang untuk pengangkutan ke Miri menggunakan bas.

See also  {Video} Paus berukuran lebih tiga meter terdampar di pantai Kuala Baram

Bagaimanapun, mereka menyedari ditipu selepas ghagal dihubungi.

Keluarga malang tersebut diberi bantuan oleh TBS Miri menyalurkan bantuan awal
fidyah berjumlah RM280 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan pengangkutan untuk
keluarga berkenaan pulang semula ke Bintulu.

Mereka juga bantuan pakaian hasil
sumbangan orang ramai yang diserahkan kepada TBS Miri.

Mereka juga ditempatkan di Kompleks Islam Miri dan Volunteer Miri turut menyediakan makanan dan minuman untuk mereka.

See also  Pesara SEB cedera disamun dua lelaki tidak dikenali di Simanggang

#Sarawak

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Lima beranak merempat, ditipu majikan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156726
Users Today : 567
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23381
Users Last 30 days : 78812
Users This Month : 50451
Users This Year : 156725
Total Users : 156726
Views Today : 1020
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35433
Views Last 30 days : 121370
Views This Month : 77571
Views This Year : 239961
Total views : 239962
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares