{Video}} Mendebarkan Lapan das tembakan dilepaskan, kereta langgar polis

{{Video}} Lapan das tembakan dilepaskan, kereta langgar polis

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

 

NIBONG TEBAL – Polis melepaskan lapan das tembakan ke arah sebuah kereta Proton Perdana selepas pemandunya melanggar seorang anggota polis ketika mahu melarikan diri, malam tadi.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, dua anggota polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah telah menahan dan membuat pemeriksaan ke atas dua lelaki di Taman Gamelan Indah, Sungai Bakap di sini.

 

Menurutnya, ketika membuat pemeriksaan ke atas dua lelaki berusia 43 dan 36 tahun itu, salah seorang suspek meluru masuk ke dalam kereta untuk melarikan diri.

See also  Cara mudah buat aduan trafik @JSPT Polis Diraja Malaysia

 

Tambahnya, suspek mengundurkan keretanya dengan laju dan melanggar salah seorang daripada anggota polis dan motosikalnya.

 

“Bimbang suspek bertindak lebih agresif dan untuk mempertahankan diri, seorang lagi anggota polis telah melepaskan lapan das tembakan ke arah kereta suspek.

 

Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri.

 

“Anggota bertugas telah meminta bantuan kereta peronda dan polis mengejar suspek.

 

Suspek yang gagal mengawal keretanya telah melanggar sebuah kereta Proton Wira. Suspek berusia 43 tahun tersebut akhirnya berjaya ditahan selepas kereta dipandunya terbabas di Jalan Sungai Kechil di sini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

See also  Makluman Kes Sepak Barang dalam kedai, mendatangkan Kecederaan dan Khianat

 

Chong Chern berkata, pemeriksaan lanjut polis menemui satu peket kecil dadah disyaki methamphetamine yang dibuang suspek.

“Kita percaya, motif suspek melarikan diri adalah bagi mengelak ditahan kerana memiliki dadah.

 

 

“Polis turut menemui lapan kelongsong peluru di tempat kejadian. Kita menahan kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut yang mana suspek yang melarikan diri mempunyai 13 rekod jenayah manakala rakannya tiada rekod,” katanya.

 

 

 

 

Beliau berkata, anggota polis yang cedera pada siku dan jari tangan serta sakit belakang badan dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.

See also  Aksi Penyamun Amatur Panik ‘Langgar’ Pagar Berjaya Dirakam CCTV

“Motosikal mangsa cuma rosak di bahagian hadapan dan lampu belakang. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

 

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 17 Disember 2020
Video/gambar: Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video}} Mendebarkan Lapan das tembakan dilepaskan, kereta langgar polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124410
Users Today : 3833
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22082
Users Last 30 days : 69755
Users This Month : 18135
Users This Year : 124409
Total Users : 124410
Views Today : 5769
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33548
Views Last 30 days : 108252
Views This Month : 27661
Views This Year : 190051
Total views : 190052
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares