Tahan sakit 30 minit, kepala tersangkut pintu jeriji

Tahan sakit 30 minit, kepala tersangkut pintu jeriji

 

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

17 Disember 2020, 4:36 pm

 

SERDANG – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit hampir 30 minit selepas kepalanya tersangkut di pintu jeriji rumahnya di Taman Puncak Jalil di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Mangsa, Mohd. Adif Abdullah, 3, dikatakan merajuk dengan ahli keluarganya sebelum bertindak memanjat serta memasukkan kepalanya ke dalam lubang pintu jeriji tersebut.

See also  Suri rumah panik bunyi aneh dalam almari, disangka ular tapi rupa-rupanya...

 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.43 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikejarkan ke lokasi.

 

See also  Kemaskini 4:30pm_LAPORAN KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK ANGGOTA PGA DAN PENYELUDUP KETUM

“Sebaik tiba, anggota bertugas mendapati kepala seorang kanak-kanak lelaki tersangkut pada bahagian atas pintu jeriji pintu rumahnya.

 

“Anggota bertugas menggunakan peralatan khas bagi memotong jeriji berkenaan sebelum berjaya mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Tambah beliau, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.- K! ONLINE

See also  Pekerja LRA Bukit Betong maut terkena renjatan elektrik
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tahan sakit 30 minit, kepala tersangkut pintu jeriji " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156767
Users Today : 608
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23422
Users Last 30 days : 78853
Users This Month : 50492
Users This Year : 156766
Total Users : 156767
Views Today : 1125
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35538
Views Last 30 days : 121475
Views This Month : 77676
Views This Year : 240066
Total views : 240067
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares