Bergaduh kerana tidak diberi laluan di jalan raya

SIBU: Polis menahan tujuh lelaki berusia antara 21 hingga 40 tahun kerana terlibat dalam pergaduhan di Jalan Foochow, di sini,petang semalam.
Terdahulu berlaku pertengkaran membabitkan dua pemandu kereta pada jam 4.35 petang dipercayai kerana tidak memberi laluan di jalan raya.
Polis turut merampas dua buah kereta, dua parang dan sebatang kayu semasa siasatan dijalankan.
Kesemua mereka direman selama empat hari dan ujian saringan air kencing akan dijalankan ke atas semua suspek.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " ????????Bergaduh kerana tidak diberi laluan di jalan raya " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.