90 keluarga Orang Asli Bateq terputus hubungan

90 keluarga Orang Asli Bateq terputus hubungan

 

GUA MUSANG – Hujan berterusan sejak dua hari lalu menyebabkan sebuah jambatan merentasi Sungai Lebir di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini tenggelam dan ditutup kepada semua kenderaan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Hampir 500 penduduk Orang Asli Bateq melibatkan 90 keluarga di perkampungan itu terputus hubungan selepas air sungai naik melimpahi jambatan sejak pukul 11 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sik Choon Foo berkata, sejak pukul 4 petang tadi, air Sungai Lebir menunjukkan peningkatan sehingga menutup jambatan utama kampung itu.

See also  Tahun baru 2022 Segamat daerah Pertama di Johor dinaiki air banjir

Katanya, ketika ini penduduk tidak dapat keluar ke bandar Gua Musang atau Kuala Krai dan hanya boleh menyeberangi sungai menggunakan perahu.

“Bagaimanapun, kampung Orang Asli Bateq itu masih selamat daripada banjir kerana tiada rumah yang dinaiki air.

“Orang Asli di sana terperangkap buat kali ketiga dalam tempoh sebulan ini kerana limpahan air Sungai Lebir akibat hujan berterusan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Choon Foo, beliau memuji sikap penduduk Orang Asli di kampung itu apabila membina bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika banjir.

See also  Buang ‘Saka’ Dalam Sungai, JPJ Sudah Ambil Tindakan Terhadap Pemilik Kenderaan!

Katanya, beliau berharap agar Orang Asli berwaspada dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan di kampung itu.

“Kawasan sekolah dan sebahagian rumah penduduk berada di kawasan rendah.Apabila air semakin tinggi mereka akan menyelamatkan diri ke atas bukit tinggi di kampung mereka.
“Saya meminta penduduk di kawasan rendah khususnya Kampung Limau Kasturi supaya berwaspada dengan kenaikan paras air Sungai Galas,” katanya.

Semalam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir bakal berlaku mulai jam 10 malam di Gua Musang dan Kuala Krai berikutan kenaikan paras air di Sungai Galas, Sungai Nal dan Sungai Pahi disebabkan hujan lebat.

See also  Berbogel, Bakar Motosikal Setelah tidak berjaya  memasuki kawasan surau

Di Gua Musang khususnya, kawasan yang terbabit adalah Kampung Limau Kasturi dan kawasan sekitarnya.-K!ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 90 keluarga Orang Asli Bateq terputus hubungan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155717
Users Today : 507
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24112
Users Last 30 days : 79541
Users This Month : 49442
Users This Year : 155716
Total Users : 155717
Views Today : 842
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36354
Views Last 30 days : 122396
Views This Month : 75673
Views This Year : 238063
Total views : 238064
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares