Meninggal dunia dalam kereta tunggu isteri temu duga

Meninggal dunia dalam kereta tunggu isteri temu duga

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kuala Lumpur: “Saya terkejut apabila panggilan telefon disambut anak sulung yang menangis memaklumkan suami tidak sedarkan diri,” kata Nurul Ain Mohd Razip, 31.

 

Suaminya, Mohd Ashraf Rosli, 35, meninggal dunia di dalam kereta ketika menunggunya menghadiri temu duga di sebuah hospital swasta di Bangsar, semalam.

 

Menceritakan detik memilukan itu, Nurul Ain berkata, dia menghadiri temu duga sebagai jururawat di hospital berkenaan sementara suami serta tiga anaknya berusia 10 bulan hingga enam tahun menunggu di dalam kereta.

Menurutnya, dia tidak sedap hati selepas suaminya memaklumkan dia mengalami sakit di dada ketika menghantarnya semalam.

See also  Lelaki murung ditemui lemas dalam tali air

 

“Ketika sedang menunggu giliran, saya berbalas Whatsapp dengan suami kerana bimbangkan keadaannya.

 

“Kira-kira 3.45 petang, saya menghubungi telefon bimbit suami kerana kiriman Whatsapp tidak berjawab.

“Terkejut apabila panggilan saya disambut tangisan anak sulung yang memaklumkan suaminya tidak bergerak,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

 

Beliau berkata, suaminya yang bertugas di bahagian teknologi maklumat hospital sama bagaimanapun tidak dapat dikesan di parkir kakitangan.

 

Katanya, mujur ada orang awam yang melihat anaknya menangis di dalam kereta sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan untuk memberikan bantuan kecemasan.

See also  KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA DI JALAN LIPIS JERANTUT (2:11 petang)

 

“Selepas menemui kereta di parkir suami di bahu jalan, ambulans segera membawanya ke bahagian kecemasan untuk bantuan namun tiada respons.

 

“Suami kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

 

Katanya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Bercham, Ipoh sebaik bedah siasat selesai dijalankan hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Annuar Omar ketika dihubungi, di sini, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

 

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

See also  Lori rempuh lampu merah punca kemalangan

 

“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 4:27 PM

Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Nurul Hidayah Bahaudin
am@hmetro.com.my
Gambar Facebook Mohd Faisol

▶️HarianMetro
#infosemasa
#kongsiinfo✍️

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Meninggal dunia dalam kereta tunggu isteri temu duga " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231790
Users Today : 231
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16430
Users Last 30 days : 62076
Users This Month : 41118
Users This Year : 231789
Total Users : 231790
Views Today : 354
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26467
Views Last 30 days : 98514
Views This Month : 66273
Views This Year : 358488
Total views : 358489
Who's Online : 9
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares