????️????️ Pergaduhan Lelaki parah ditetak, 6 ditahan

Pergaduhan Lelaki parah ditetak, 6 ditahan

 

Beaufort: Polis menahan enam lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan yang menyebabkan seorang lelaki parah parah, manakala seorang lagi cedera ringan di sebuah restoran di Jalan Beaufort Jaya, di sini, semalam.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Dalam kejadian 11.40 malam itu, seorang lelaki parah di kepala akibat ditetak menggunakan parang manakala seorang lagi luka kecil di kepala disyaki dilibas dengan tali pinggang.

 

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir A Razak berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian akibat pertengkaran mulut antara pemilik restoran dengan empat pelanggan yang membeli minuman keras di restoran itu.

See also  Wanita cedera nekad bertarung elak  diperkosa lelaki tidak dikenali

 

Katanya, pelanggan terbabit tidak puas hati apabila mendakwa pemilik restoran melayan mereka dengan kasar ketika mahu membeli minuman keras.

 

“Keempat-empat lelaki itu kemudian beredar dan akan datang semula untuk memukul pemilik restoran terbabit.

 

“Bimbang dengan keadaan itu, rakan pemilik restoran kemudian membuat laporan di Balai Polis Beaufort,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

 

Azmir berkata, tidak lama selepas itu, kumpulan lelaki yang membuat kacau sebelumnya dikatakan datang semula ke restoran dan berlaku pergaduhan.

 

Katanya, polis yang menerima laporan itu kemudian bergegas ke lokasi dan meleraikan pergaduhan berkenaan.

See also  ?691 KES BARU? COVID19Malaysia 6 Okt 2020

 

“Susulan pergaduhan itu, seorang lelaki parah ditetak manakala seorang lagi cedera ringan terkena kepala tali pinggang.

 

“Susulan kejadian itu juga, polis menahan enam lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan itu. Polis turut merampas empat parang panjang, kapak dan tali pinggang,” katanya.

 

Menurut Azmir, pihaknya sedang mengesan dua lagi individu disyaki terbabit dalam pergaduhan berkenaan dan siasatan masih diteruskan.

 

Katanya, semua suspek berusia lingkungan 29 hingga 48 tahun kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 148 kanun yang sama kerana melakukan rusuhan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 9:41 PM

See also  15 termasuk penjawat awam terlibat parti liar ditahan

 

Juwan Riduan

am@hmetro.com.my

Video/gambar: Media sosial

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " ????️????️ Pergaduhan Lelaki parah ditetak, 6 ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231721
Users Today : 162
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16361
Users Last 30 days : 62007
Users This Month : 41049
Users This Year : 231720
Total Users : 231721
Views Today : 251
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26364
Views Last 30 days : 98411
Views This Month : 66170
Views This Year : 358385
Total views : 358386
Who's Online : 11
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares