Jalan Eaton dicadang tukar nama ke Jalan Tun Rahah

Jalan Eaton dicadang tukar nama ke Jalan Tun Rahah.

 

“Allahyarham sudah mendiami rumahnya di Jalan Eaton berpuluh lamanya dan saya fikir jawatankuasa boleh mempertimbangkan untuk menukar nama jalan itu,” katanya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Jalan yang terletak di tengah kawasan segitiga emas ataupun “Golden Triangle” bandaraya Kuala Lumpur itu merupakan jalan rumah Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah sehingga kedua tokoh negara ini meninggal dunia.

Jalan Eaton juga merupakan antara jalan susur ke Jalan Tun Razak, antara jalan besar utama bandaraya Kuala Lumpur.

 

Jalan Eaton merupakan antara kawasan perumahan termahal di Malaysia, dengan harga tanah yang mampu mencecah sehingga RM2,500 setiap kaki persegi.

See also  Tinjau Kilang guna  Dron Pekerja Asing Lari Lintang - pukang

 

Ia merupakan alamat yang mempunyai kepelbagaian, termasuk pangsapuri mewah, sekolah antarabangsa dan juga beberapa kedutaan negara luar.

 

Jalan Eaton juga merupakan tapak beberapa istana hinggap termasuk Istana Perlis.

 

Tidak banyak diketahui berkenaan asal usul nama Jalan Eaton, tapi dipercayai dinamakan selepas personaliti British sebelum kemerdekaan negara Malaysia.

 

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, semalam beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Kementerian supaya diambil tindakan kerana proses penukaran nama itu perlu melalui beberapa peringkat untuk kelulusan.

 

“Dalam laporan itu nanti akan menjelaskan mengenai adakah nama lama mempunyai sebarang kaitan warisan dan juga sejarah negara.

See also  Aksi Mendebarkan Bomba berjaya selamatkan Lelaki cuba bunuh diri

 

“Selain itu, nama baharu yang dicadangkan itu juga perlu mempunyai merit tertentu di mana dalam hal ini Jalan Eaton tidak mempunyai fakta sejarah terlalu besar dan kita juga tahu jalan ini bertemu dengan Jalan Tun Razak,” katanya.

 

Annuar berkata, isteri bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak itu mempunyai jasa besar kepada negara.

 

“Allahyarham membesar anak-anaknya bersendirian ketika berusia 40-an sehingga salah seorang menjadi Perdana Menteri keenam.

 

“Allahyarham sudah mendiami rumahnya di Jalan Eaton berpuluh lamanya dan saya fikir jawatankuasa boleh mempertimbangkan untuk menukar nama jalan itu,” katanya.

 

“Tun Rahah membuktikan kaum wanita juga boleh memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara dengan membabitkan diri dalam beberapa kegiatan kaum wanita di negara ini.” katanya lagi.

See also  Tiada duit, terpaksa makan nasi sekali sehari'

Allahyarhamah Tun Rahah binti Tan Sri Mohamed Noah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada petang Jumaat lepas dan telah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jalan Eaton dicadang tukar nama ke Jalan Tun Rahah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231704
Users Today : 145
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16344
Users Last 30 days : 61990
Users This Month : 41032
Users This Year : 231703
Total Users : 231704
Views Today : 224
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26337
Views Last 30 days : 98384
Views This Month : 66143
Views This Year : 358358
Total views : 358359
Who's Online : 8
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares