Kilang Panasonic sahkan 116 pekerjanya positif COVID-19

Kilang Panasonic sahkan 116 pekerjanya positif COVID-19

 

Astro Awani

Disember 21, 2020 17:19 MYT

 

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling menasihatkan syarikat berkenaan untuk menghentikan operasinya untuk sementara waktu sehingga diberitahu lebih lanjut.

 

KUALA LUMPUR: Seramai 116 pekerja dia dua kilang milik Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd di Shah Alam disahkan positif COVID-19 setelah pemeriksaan dilakukan baru-baru ini.

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, syarikat tersebut menjelaskan pihaknya telah selesai membuat pemeriksaan kira-kira 2,137 kakitangan, dan hanya 116 yang didapati terjejas, lapor The Edge.

See also  12 Apr 2022, kes baru COVID-19 ialah 9,002

 

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling menasihatkan Panasonic agar menghentikan operasinya untuk sementara waktu sehingga diberitahu lebih lanjut.

 

Akur dengan saranan itu, Panasonic memutuskan untuk menutup kilangnya bermula Isnin hingga Rabu untuk membolehkan pakar pembasmian kuman menjalankan tugas mereka.

 

“Keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan kakitangan serta komuniti adalah keutamaan kami untuk mengatasi keadaan.

See also  25 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,045 kes

“Kami telah dan akan terus mematuhi prosedur operasi standard pencegahan (SOP) COVID-19 secara ketat,” kata Panasonic.

 

Panasonic juga mengatakan bahawa kegiatan pembasmian kuman telah dilakukan secara berkala di premis pembuatannya dan tempat tinggal pekerja.

 

Menurut makluman yang dikeluarkan Panasonic, semua langkah-langkah pencegahan yang disarankan telah dilaksanakan dengan ketat.

 

Pada Isnin, harga saham Panasonic adalah empat sen atau 0.32% lebih rendah pada RM31.50, menjadikan pasaran syarikat menjadi sekitar RM1.92 bilion.

See also  Penerima vaksin tak dibenarkan rakam gambar, video di PPV – Timb Menteri

 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kilang-panasonic-sahkan-116-pekerjanya-positif-covid-19-274139

 

#Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd

#COVID-19

#Bursa Malaysia

#the edge

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kilang Panasonic sahkan 116 pekerjanya positif COVID-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231680
Users Today : 121
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16320
Users Last 30 days : 61966
Users This Month : 41008
Users This Year : 231679
Total Users : 231680
Views Today : 185
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26298
Views Last 30 days : 98345
Views This Month : 66104
Views This Year : 358319
Total views : 358320
Who's Online : 7
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares