Kita ada bukti, kata menteri selepas kilang sarung tangan nafi laporan

Kita ada bukti, kata menteri selepas kilang sarung tangan nafi laporan

 

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan menyangkal penafian pengeluar sarung tangan, Brightway Holding berhubung serbuan di salah sebuah kilangnya semalam yang membongkar beratus-ratus pekerjanya hidup dalam keadaan daif.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketika dihubungi, Saravanan, yang turut menyertai serbuan pelbagai agensi di sebuah anak syarikat Brightside di Kajang, berkata, adalah perkara biasa bagi majikan membuat penafian ketika berhadapan dakwaan melakukan perhambaan moden.

 

“Biarkan mereka kata apa yang ingin mereka katakan.

 

“Kita memiliki cukup bukti untuk menegakkan undang-undang..

 

“Adalah biasa bagi majikan menafikan. Itu (hanya) akan memaksa kita untuk menerbitkan lebih banyak gambar mengenai keadaan tersebut.

 

“Bagaimanapun, kita ada cukup media ketika lawatan tersebut,” katanya.

 

Serbuan berkenaan menemui 781 pekerja tinggal dalam dua kontena setinggi tiga tingkat di belakang kilang berkenaan.

See also  BUAH BETIK Penawar dan mencantikkan kulit

 

 

Saravanan dilaporkan berkata, keadaan tempat tinggal pekerja berkenaan adalah paling buruk pernah dilihatnya.

 

Difahamkan pekerja terbabit terdiri daripada 759 pekerja asing dan 22 penduduk tempatan.

 

“Saya panggil ini sebagai modern slavery (penghambaan moden)

 

“Saya amat sedih melihat keadaan ini… walaupun kita pernah lihat ini ketika dijajah British sebelum kemerdekaan kata Saravanan seperti dipetik Astro Awani.

 

Malaysiakini difahamkan pejabat daerah Hulu Langat telah merampas kontena tersebut kerana didakwa dibina tanpa kebenaran dan pekerja berkenaan mesti dipindahkan ke tempat lain.

 

Pengurus Sumber Manusia Brightway, Alice Michael, bagaimanapun, mendakwa hanya 450 pekerja berada di lokasi berkenaan dan mereka pada awalnya tinggal di sebuah bangunan tiga tingkat berdekatan dengan kilang tersebut.

See also  Padah Langgar SOP dalam Tempoh Kuarantin

 

“Hanya ada 450 pekerja di situ, kebanyakannya memiliki asrama lebih jauh, tetapi dibawa masuk ke bangunan ini buat sementara waktu,” kata Michael seperti dipetik Reuters.

 

Mengulas lanjut, Saravanan berkata kementeriannya hanya menjalankan tugas untuk menyelamatkan imej negara yang membabitkan isu berkaitan pekerja.

 

Ditanya sama ada syarikat itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 yang baru dipinda (Akta 446), Saravanan berkata pihaknya sedang mengkaji perkara itu.

 

Saravanan juga mengesahkan bahawa pengarah urusan syarikat itu akan dipanggil oleh Pejabat Tenaga Kerja Bangi minggu depan bagi membantu siasatan.

 

Sebelum ini Jabatan Kesihatan Selangor mengeluarkan arahan agar kilang itu ditutup dari 24 Dis hingga 30 Dis di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

See also  Penemuan baru Hormon Melatonin anti oksidan terkuat penawar pelbagai penyakit

 

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

 

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kita ada bukti, kata menteri selepas kilang sarung tangan nafi laporan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238739
Users Today : 1995
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14816
Users Last 30 days : 58080
Users This Month : 48067
Users This Year : 238738
Total Users : 238739
Views Today : 2828
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23925
Views Last 30 days : 92582
Views This Month : 76879
Views This Year : 369094
Total views : 369095
Who's Online : 47
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares