Mutasi baharu Covid-19, A701B dipantau

Mutasi baharu Covid-19, A701B dipantau

 

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PUTRAJAYA 23/12/2020: Mutasi baharu Covid-19 iaitu A701B yang dikenal pasti menerusi sampel Kluster Benteng LD di Sabah sedang dipantau bagi melihat kesannya membabitkan kebolehjangkitan dan keganasan wabak itu.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mutasi baharu terbabit dikenal pasti menerusi hasil ujian 60 sampel satu kluster yang dikesan di Sabah.

 

Katanya, mutasi A701B ini dilaporkan dikesan di Singapura, Afrika Selatan, Australia dan Belanda.

See also  Jangkaan kes meningkat tempoh 4 minggu tersekat

 

“Kita masih tidak pasti sama ada impak, kebolehjangkitan tinggi atau keganasan mutasi baharu itu.

 

“Wabak Covid-19 sentiasa bermutasi maka pemantauan dilakukan untuk melihat impaknya kepada populasi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 

Noor Hashim berkata, pihaknya pernah memaklumkan kajian terhadap mutasi jenis DG14G yang dikenal pasti dalam Kluster Sivagangga di Kedah serta Johor Bahru dan Sabah.

 

“Kajian mendapati kebolehjangkitannya lebih kurang 10 kali malah United Kingdom turut dilaporkan mengesan satu lagi varian baharu VUI 202012/01,” katanya.

See also  Tips cara mudah hilangkan rasa pedas.

 

Dalam perkembangan sama ada kerajaan akan menilai semula tempoh kuarantin wajib ke atas pelawat asing susulan varian baharu Covid-19 dari United Kingdom, beliau berkata, tempoh kuarantin 10 hari dan 14 hari tidak mempunyai perbezaan.

 

“Ini kerana kebanyakan kes yang dijangkiti virus mempunyai gejala atau boleh dikesan pada minggu pertama malah jika menggunakan kaedah tujuh hari kuarantin, risiko lebih tinggi.

 

See also  Siri meluruskan Sains, Kolesterol bukan musuh tetapi keperluan penting kepada manusia

“Maka, kita ambil 10 hari dan melihat kepada kajian, tempoh 10 hari dan 14 hari adalah lebih kurang sama,” katanya. – UTUSAN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Mutasi baharu Covid-19, A701B dipantau " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238170
Users Today : 1426
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14247
Users Last 30 days : 57511
Users This Month : 47498
Users This Year : 238169
Total Users : 238170
Views Today : 2029
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23126
Views Last 30 days : 91783
Views This Month : 76080
Views This Year : 368295
Total views : 368296
Who's Online : 71
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares