10 fakta yang sukar dimaafkan tentang kartel daging haram. 

10 fakta yang sukar dimaafkan tentang kartel daging haram.

 

Penyeludupan dan pemalsuan status halal daging imporat haram bukan saja menggadai kesihatan dan nyawa pengguna, malah mengecewakan kerana dilihat seolah menyasar pengguna Muslim.

 

Mengambil daripada negara yang mencurigakan, pemalsuan sijil halal yang terpencil dan penjenamaan salin kulit semuanya dilakukan untuk merumitkan pengenal pastian asal usul daging.

 

Perbuatan menggadai amalan kepercayaan penduduk negara melalui keselamatan makanan sukar dimaafkan pengguna, terutamanya bila mengambil kira hakikat kegiatan haram ini:

 

1. Kartel menggunakan pelbagai jenis daging termasuk daging kuda dan kangaroo yang kurang sihat. Kerana kualiti daging binatang sakit, kartel membeli dengan harga yang amat rendah.

See also  Atuk rupanya pandu kereta lawan arus

 

2. Asal usul daging juga mencurigakan dan datang daripada negara yang berpiawaian longgar seperti Bolivia, Mexico, Paraguay, Uruguay, Brazil, Hong Kong dan China.

 

3. Kartel menyeludup lebih 1 bilion kilogram daging haram sebulan melalui 300-400 kontena yang masuk melalui pelabuhan. Jumlah sebegitu besar masuk hanya dapat dicapai dengan kerjasama pihak berkuasa.

 

4. Apabila bebas memasuki sempadan negara, daging haram juga dikecualikan daripada proses pengesahan seperti pemeriksaan dan kuarantin daging import, semakan sijil halal antarabangsa, pengenaan cukai kastam dan sebagainya.

See also  Lelaki tampil minta maaf selepas curi beras ‘food bank’

 

5. Gudang pemalsuan sijil halal terletak kurang 2 kilometer dari pelabuhan. Kegiatan memalsukan status halal daging haram dibuat secara bebas dalam gudang besar dan menggunakan pendatang asing.

 

6. Setelah daging haram dah ditampal dengan sijil halal palsu, daging haram dicampur dengan daging halal yang telah disahkan agar sukar dibezakan.

 

7. Daging kemudian dijual kepada pengeluar tempatan yang menggunakan daging tersebut di atas fahaman daging berkenaan telah melalui proses kemasukan dalam negara yang sah.

 

8. Daging kemudian dimakan oleh pengguna yang langsung tidak menyangka kesangsian asal usul daging berkenaan.

 

9. Lebih 4 agensi penguatkuasa terlibat dalam proses kemasukan daging import, iaitu Jabatan Haiwan dan Veterinar, Jabatan Pemeriksaan dan Kuarantin, Jabatan Kastam dan Polis Pelabuhan.

See also  DIKEMASKINI] Akibat video sekerat wanita minta perlahankan azan tidak benar

 

10. Kartel telah menjalankan kegiatan haram ini selama 40 tahun dan menyuap ramai pegawai berkuasa.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 10 fakta yang sukar dimaafkan tentang kartel daging haram.  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231776
Users Today : 217
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16416
Users Last 30 days : 62062
Users This Month : 41104
Users This Year : 231775
Total Users : 231776
Views Today : 332
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26445
Views Last 30 days : 98492
Views This Month : 66251
Views This Year : 358466
Total views : 358467
Who's Online : 6
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares