Tiga maut terhidu gas dalam loji kumbahan

Tiga maut terhidu gas dalam loji kumbahan

 


Katanya, seorang mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital manakala tiga lagi mangsa yang disahkan meninggal dunia berjaya dinaikkan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

 

Kuala Lumpur: Tiga pekerja pembersihan termasuk seorang warga Bangladesh maut selepas terhidu gas di dalam loji kumbahan di Pantai Dalam, di sini, hari ini.

 

Kejadian pada jam 2.40 petang itu turut mencederakan seorang warga Bangladesh manakala dua lagi individu terselamat.

See also  Lelaki mengamuk dengan parang mati ditembak Polis

 

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila enam pekerja pembersihan berkenaan melakukan kerja pembersihan di dalam tangki terbabit.

 

“Bagaimanapun mereka mengalami masalah pernafasan selepas terhidu gas dari loji kumbahan berkenaan.

“Dua mangsa warga Bangladesh berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari loji terbabit sebelum pasukan bomba sampai,” katanya.

 

Menurutnya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak yang tiba di lokasi melakukan kerja bacaan udara dan pengudaraan di lokasi bagi memastikan keadaan kualiti udara di dalam keadaan selamat.

See also  Video©Lelaki pecahkan pasu landskap di JITRA

 

Katanya, seorang mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital manakala tiga lagi mangsa yang disahkan meninggal dunia berjaya dinaikkan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

 

“Pasukan penyelamat seterusnya melaksanakan proses dekontaminasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2020 @ 8:00 PM

See also  Pati ceroboh negara diisytihar persona non grata

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
Gambar: Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Bomba

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiga maut terhidu gas dalam loji kumbahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231785
Users Today : 226
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16425
Users Last 30 days : 62071
Users This Month : 41113
Users This Year : 231784
Total Users : 231785
Views Today : 345
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26458
Views Last 30 days : 98505
Views This Month : 66264
Views This Year : 358479
Total views : 358480
Who's Online : 7
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares