Jangan aniaya frontliners

Hati tak senang, doktor wanita disahkan positif Covid-19… puncanya pesakit tak jujur – “Sedih berpisah dengan anak-anak, suami” – Viral

JANGAN tipu frontliners. Jangan aniaya frontliners.

 

 

Demikian kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi Facebook miliknya pada Ahad pagi.

 

Dalam posting itu, Dr Noor Hisham turut berkongsi semula kisah seorang doktor wanita dikenali sebagai Nur Marini Zainal yang disahkan positif Covid-19 akibat sikap tidak bertanggungjawab seorang individu yang hadir untuk melakukan temujanji imbasan CT (Computed Tomography Scan).

 

 

 

Menurut Dr Marini dalam posting pada 23 Disember lalu, dia menjadi mangsa wabak itu kerana pesakit berkenaan yang tidak jujur sewaktu saringan di pintu masuk jabatan tempat dia bertugas.

 

“Suhu normal, pesakit mengaku sihat dan dibenarkan masuk. Saya merupakan doktor yang menyediakan pesakit ini untuk diimbas.

See also  Positif covid19 apa nak buat?

 

“Terkejutnya kami bila melihat gambar paru-parunya diimbas sama seperti paru-paru pesakit Covid-19,” ujarnya.

 

 

Setelah disoal, pesakit itu mengaku sudah seminggu mengalami simptom.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Namun, pesakit berkenaan tetap hadir ke hospital untuk temujanji itu kerana berasa sudah beransur sihat.

 

“Bila ditanya semula, akhirnya dia mengaku yang dia batuk dan demam selama seminggu. Tetapi berasa sedikit sihat untuk datang ke temujanji CT.

 

“Allahu, ternyata tindakannya menyusahkan orang lain. Pesakit itu disahkan positif covid selepas dua hari,” kata Dr Marini lagi.

 

Pada awalnya, Dr Marini memaklumkan dia dikategorikan sebagai kontak risiko rendah kerana memakai pelitup muka dan pakaian perlindungan tambahan (PPE) sewaktu mengendalikan pesakit itu.

See also  Kasihannya Kuning telor sentiasa dibuang akibat berpegang dengan fakta salah

 

Saya menangis semasa dapat tahu, sebab sedih terpaksa terpisah dengan anak-anak dan suami.

 

DR MARINI

 

Malah, tempoh kontak sewaktu dia mengendalikan proses sebelum imbasan juga kurang 15 minit sahaja.

 

Namun atas inisiatif sendiri, dia melakukan saringan di sebuah hospital lain sebelum disahkan positif Covid-19 dua hari kemudian.

 

“Tetapi hati ini kurang senang, saya ambil keputusan untuk menjalani swab di hospital lain.

 

“Saya mengambil keputusan untuk kuarantin sendiri walaupun tidak bergejala. Namun sempat bekerja selama dua hari di jabatan, sebelum kuarantin.

 

Ramai netizen di Facebook turut menitipkan doa agar Dr Marini diberi kesembuhan segera.

 

“Keputusan swab mendapati saya positif. Saya menangis semasa dapat tahu, sebab sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak dan suami.

See also  Resepi Ramadhan Ayam Percik tanpa gula pasir dan perasa MSG

 

“Risau terhadap keluarga dan rakan sekerja yang mungkin saya jangkiti. Kecewa terhadap sikap pesakit saya.

 

“Mohon jangan tipu kami sekiranya anda bergejala. Tindakan anda melibatkan pesakit-pesakit lain, petugas kesihatan serta keluarga mereka. Kami manusia juga,” tulisnya lagi.

 

Selain Dr Noor Hisham, Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut berkongsi semula posting Dr Marini.

 

Di ruangan komen, ramai netizen menzahirkan ucapan agar Dr Marini diberi kesembuhan segera.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jangan aniaya frontliners " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231696
Users Today : 137
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16336
Users Last 30 days : 61982
Users This Month : 41024
Users This Year : 231695
Total Users : 231696
Views Today : 213
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26326
Views Last 30 days : 98373
Views This Month : 66132
Views This Year : 358347
Total views : 358348
Who's Online : 9
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares