Tiada duit, terpaksa makan nasi sekali sehari’

Tiada duit, terpaksa makan nasi sekali sehari’
MyMetroMutakhir

 

 

Gua Musang: “Kami tujuh beranak sudah 10 bulan terpaksa catu makanan dengan makan nasi sekali sehari kerana tiada duit,” kata Mat Zaid Sulaiman.

 

Mat Zaid, 41, yang tinggal di rumah usang yang sudah separuh roboh di Kampung Jelaping, dekat sini, malu untuk meminta sedekah daripada penduduk sekampung walaupun terdesak.

 

Katanya, dia berdepan dengan keadaan itu kerana upah menoreh getah terjejas teruk berikutan wabah pandemik Covid-19 dan disusuli musim hujan ketika ini.

See also  Video ✓✓RapidKL mohon maaf, insiden pintu tren LRT terbuka

 

“Saya lebih banyak mengajar lima anak berusia antara dua hingga 13 tahun makan makanan ringan sepanjang hari termasuk biskut kering dicicah dengan teh ‘O’.

 

“Ada kalanya saya bersama isteri menitiskan air mata melihat anak diberi makanan seumpama itu sebagai menu harian walaupun kurang berzat.

“Malah, lauk untuk makan tengah hari pula bergantung kepada kemampuan terutama sekadar telur digoreng cicah kicap,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

See also  Penerima bantuan JKM tidak perlu hadir ke pejabat untuk mengemukakan Borang Kajisemula (JKM20).

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KEADAAN rumah Mat Zaid di Kampung Jelaping, Gua Musang.

 

 

FOTO RAMLI IBRAHIM
KEADAAN rumah Mat Zaid di Kampung Jelaping, Gua Musang. FOTO RAMLI IBRAHIM

Mat Zaid berkata, dia bingung memikirkan masa depan keluarganya dan ditambahkan pula sukar mencari peluang pekerjaan lain bagi menampung perbelanjaan.

Katanya, dia tidak mengambil kisah tinggal di rumah usang itu asalkan keluarganya dapat makan setiap hari.

“Anak memahami hidup kami miskin dan terpaksa terima hakikat tidak mampu berbelanja seperti orang lain walaupun ada kalanya mereka minta lauk ayam.

See also  Kemurungan kemungkinan punca tindakan bunuh diri di Kampar

“Paling merisaukan apabila sekolah dibuka awal tahun depan dan sudah tentu perbelanjaan besar diperlukan untuk tiga anak,” katanya

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiada duit, terpaksa makan nasi sekali sehari' " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231771
Users Today : 212
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16411
Users Last 30 days : 62057
Users This Month : 41099
Users This Year : 231770
Total Users : 231771
Views Today : 325
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26438
Views Last 30 days : 98485
Views This Month : 66244
Views This Year : 358459
Total views : 358460
Who's Online : 10
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares