Dendam punca tetak kenalan

Ditetak kerana dendam

 

Gua Musang: Seorang lelaki cedera ditetak dipercayai menggunakan parang di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1, dekat sini, semalam.

 

Penganggur berusia 30 tahun itu diserang seorang lelaki yang dikenalinya jam 1.30 tengah hari dipercayai akibat dendam.

 

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa didatangi lelaki dikenalinya berusia 35 tahun dan terus menetaknya dipercayai menggunakan senjata tajam.

See also  Video✓✓ POLIS BURU SUSPEK KES PECAH RUMAH,CURI MOTORSIKAL

 

Katanya, mangsa cedera di tengah kepala, luka ringan di kaki serta luka sepanjang lima sentimeter di belakang badan.

 

“Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk rawatan selanjutnya dan keadaannya stabil,” katanya.

 

Sik berkata, suspek yang menetak mangsa berjaya ditahan di rumahnya di Pondok Hidayah 1, Kampung Chawah, Tanah Merah, Kelantan.

See also  CCTV✓✓KECURIAN BASIKAL TAMAN ROWTHER

 

Katanya, sebilah parang ditemui bersama suspek yang dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan

 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2020 @ 2:17 PM

 

Ramli Ibrahim

am@hmetro.com.my

Gambar: Media sosial

See also  Lagi iklan judi raya dikesan tular

 

#HarianMetro

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dendam punca tetak kenalan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231687
Users Today : 128
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16327
Users Last 30 days : 61973
Users This Month : 41015
Users This Year : 231686
Total Users : 231687
Views Today : 195
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26308
Views Last 30 days : 98355
Views This Month : 66114
Views This Year : 358329
Total views : 358330
Who's Online : 13
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares