Arab Saudi lanjut sekatan penerbangan komersial

Arab Saudi lanjut sekatan penerbangan komersial

 

Oleh KOSMO!

28 Disember 2020, 8:42 pm

 

RIYADH – Arab Saudi melanjutkan penggantungan penerbangan penumpang komersial untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu dan mungkin dua minggu lagi ketika dunia bimbang penularan varian baharu koronavirus.

 

Arab Saudi bagaimanapun akan membenarkan penerbangan tersebut untuk ‘kes tertentu’, kata seorang pegawai kementerian dalam negeri seperti laporan agensi berita Saudi Press(SPA) semalam.

 

See also  Rakyat Malaysia ditemui mati dalam kereta di Thailand

Warga asing akan diizinkan untuk meninggalkan negara itu manakala pergerakan kargo juga akan dibenarkan, tambahnya.

 

Arab Saudi, Kuwait dan Oman menggantung penerbangan penumpang serta melarang perjalanan keluar masuk melalui sempadan darat dan laut masing-masing pada minggu lalu selepas varian baharu koronavirus itu muncul di Britain.

 

Oman dan Kuwait merancang untuk menarik balik larangan itu masing-masing esok dan 1 Januari depan.

 

“Arab Saudi memutuskan untuk melanjutkan langkah-langkah tersebut selama seminggu lagi. Pihak berkuasa akan terus menilai situasi semasa bagi memastikan keselamatan warga tempatan dan ekspatriat,” kata laporan SPA.

See also  Di Mexico bukan di Rembau

 

Kerajaan Arab Saudi memulakan kempen pelalian Covid-19 dengan menggunakan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech awal bulan ini.

 

Arab Saudi setakat ini mencatat lebih 362,000 kes koronavirus termasuk lebih 6,000 kematian sekali gus tertinggi dalam kalangan negara Arab Teluk. Bagaimanapun, negara itu juga melaporkan kadar sembuh yang tinggi. – AFP

See also  Akhirnya Muhammad Rosli pasangan kembar Siam berjaya menjadi graduan Komputer Sains

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

#KosmoOnline

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Arab Saudi lanjut sekatan penerbangan komersial " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

239203
Users Today : 2459
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15280
Users Last 30 days : 58544
Users This Month : 48531
Users This Year : 239202
Total Users : 239203
Views Today : 3482
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24579
Views Last 30 days : 93236
Views This Month : 77533
Views This Year : 369748
Total views : 369749
Who's Online : 31
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares