KISAH KOPERAL ZAL-AZRI DAN DATUK’ PEJUANG HAK ASASI MANUSIA

KISAH KOPERAL ZAL-AZRI DAN DATUK’ PEJUANG HAK ASASI MANUSIA…

 

PADA pagi 23 September 2013, seorang anggota detektif polis dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Koperal Zal-Azri Abdul Somad bersama-sama rakannya terlibat dalam satu operasi khas.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Sasaran mereka adalah untuk memburu sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang Taman Teknologi Cheng, Melaka.

 

Ketika sedang mengejar suspek yang melarikan diri, Zal-Azri telah bergelut dengan salah seorang penjenayah secara berhadapan.

 

 

Dalam keadaan cemas itu, suspek telah mengambil batu dan menghempaskannya ke muka Zal-Azri hingga anggota detektif itu mengalami luka parah. Darah membuak dari kepalanya.


 

Dengan nafas yang tersisa, Zal Azri cuba juga bangun untuk merangkak dan melawan.

See also  Lagi wanita diperdaya RM5,500 kenalan Facebook

 

Namun takdir menentukan, setelah mengalami kesakitan yang amat sangat, beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam longkang berhampiran.

Zal Azri meninggal dunia dengan meninggalkan isteri serta anak-anak kecilnya yang tercinta buat selama-lamanya. Anak-anak beliau menjadi yatim di saat mereka masih memerlukan cinta dan kasih sayang daripada seorang ayah.

 

 

Itu cerita beberapa tahun lepas.

 

Semalam saya membaca kenyataan pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa sebagai ‘Datuk’ mewakili sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu mengadakan bantahan secara berkumpulan susulan kejadian empat suspek samun ditembak mati di Sungai Buloh beberapa hari lalu…’hebat’ sungguh Datuk ini.

 

Saya cuma tertanya-tanya, kenapa bila mana berlaku saja insiden penjenayah ditembak mati, ada saja NGO, datuk itu dan datuk ini yang AKAN MUNCUL mempersoalkan kewajaran pihak polis berbuat demikian.

See also  Video✓✓PDRM kesan kanak-kanak perempuan mangsa dera

 

Tetapi mengapa bila berlaku kejadian yang menimpa Zal-Azri (sekadar menyebut salah satu contoh), tidak ada suara daripada NGO dan datuk-datuk ini yang mahu membela kematian, atau paling tidak, mengucap walau sebaris takziah kepada wira-wira negara kita ini?

 

Untuk rekod, seramai 1,437 anggota polis terkorban dan 1,883 lagi cedera sepanjang 43 tahun komunis mengganas di negara ini, itu ketika zaman komunis.

 

Selepas ketiadaan komunis, jumlah anggota polis yang terbunuh akibat bertempur dengan penjenayah telah menaikkan lagi statistik ini, di manakah suara pejuang dan pembela hak asasi yang lantang itu?

 

See also  Kejadian wang hilang dari bank sudah kritikal

Adakah mereka hanya vokal bagi pihak penjenayah tetapi bisu bila melibatkan nyawa pihak pasukan keselamatan?

 

Apakah nyawa perompak, perogol, penyamun dan pembunuh lebih mulia serta darah mereka lebih suci dari darah perwira bernama Zal-Azri ini?

 

Ternyata kini orang jahat perbuatannya semakin dijulang, orang baik jasanya semakin dibuang.

 

Manusia makin gila!

 

Sumber

Oleh Syahril A Kadir https://www.facebook.com/821928049/posts/10158888800528050/

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " KISAH KOPERAL ZAL-AZRI DAN DATUK' PEJUANG HAK ASASI MANUSIA " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231723
Users Today : 164
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16363
Users Last 30 days : 62009
Users This Month : 41051
Users This Year : 231722
Total Users : 231723
Views Today : 253
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26366
Views Last 30 days : 98413
Views This Month : 66172
Views This Year : 358387
Total views : 358388
Who's Online : 9
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares