Orang dalam kesusahan , ada pihak ambil kesempatan

‘Orang dalam kesusahan susah, ada pihak ambil kesempatan’

ROSILAWATI ROSEDI
29 DEC 2020

 

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan menjadikan ia satu pengajaran,” katanya.

LIPIS – Suri rumah dari Kampung Kemahang, Benta di sini yang sebelum ini tular kerana sanggup menunggang motosikal sejauh 200 kilometer seorang diri untuk melawat suaminya di hospital kecewa apabila ada pihak mengambil kesempatan atas kesusahan dihadapinya.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Rohaizan Rozama, 41, menjadi mangsa penipuan scammer pada Sabtu lalu menyebabkan dia kerugian RM1,725.

 

Sebelum ini, Sinar Harian menyiarkan kegigihan wanita berkenaan yang sanggup menunggang motosikal dari rumahnya di Kampung Kemahang ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk melawat suaminya, Razali Ismail, 45, yang terlantar kerana menghidap penyakit kanser perut dan otak.

See also  Hutang punca dua beradik bergaduh guna parang

 

Rohaizan berkata, kejadian berlaku ketika dia menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Ustaz Haji Shaiful’ daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

“Lelaki itu bertanyakan mengenai kos rawatan suami saya. Dia memberitahu saya boleh membuat permohonan kos rawatan dengan pihaknya.

 

“Lelaki itu juga memberitahu saya perlu mengisi borang permohonan bantuan dan meminta memberikan dokumen seperti kad pengenalan serta maklumat akaun Maybank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) saya.

 

“Saya didesak supaya segera memberikan maklumat termasuk kata laluan dan TAC. Dalam keadaan kelam-kabut, saya memberikannya tanpa menyedari saya sudah ditipu,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

See also  Bukan polis palsu, tindakan berdasar undang-undang

 

Ibu kepada dua anak itu kemudian menyedari baki akaun di banknya berkurangan pada Ahad lalu ketika mahu mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang (ATM).

 

“Saya terkejut melihat bakinya telah berkurangan. Saya terus menghubungi nombor telefon lelaki itu tetapi dijawab oleh seorang wanita yang meminta saya menunggu pada hari esok (Isnin).

 

“Saya buat semakan di bank dan mendapati terdapat tiga transaksi pemindahan wang bernilai keseluruhan RM1,525 pada akaun Maybank pada Ahad lalu dan BSN sebanyak RM200,” katanya.

 

Mengakui silapnya kerana mudah percaya, Rohaizan berkata, dia memberikan maklumat tersebut kerana amat memerlukan bantuan untuk suami yang terlantar di hospital.

 

Berikutan itu, katanya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada Ahad.

See also  {{Video}}Pemandu positif dadah, rempuh tiga pejalan kaki sebabkan seorang mati

 

“Memang saya sedih kerana ada juga orang nak ambil kesempatan dalam keadaan saya yang sudah. Tidak sangka ia berlaku dalam keadaan saya memerlukan duit.

 

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan menjadikan ia satu pengajaran,” katanya.

 

Semoga ujian ini Allah   ganti  dengan  kesembuhan kepada suami Puan Rohaizan amiin

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Orang dalam kesusahan , ada pihak ambil kesempatan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231766
Users Today : 207
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16406
Users Last 30 days : 62052
Users This Month : 41094
Users This Year : 231765
Total Users : 231766
Views Today : 320
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26433
Views Last 30 days : 98480
Views This Month : 66239
Views This Year : 358454
Total views : 358455
Who's Online : 9
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares