Polis siasat video hina lagu kebangsaan Indonesia

Polis siasat video hina lagu kebangsaan Indonesia

 

KUALA LUMPUR : Satu siasatan telah dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung satu video memaparkan lagu kebangsaan Indonesia disunting liriknya yang menghina negara itu.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan dijalankan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak kelmarin berhubung perkara itu.

Kata beliau, siasatan akan dilakukan di bawah sekyen 4(1) akta hasutan.

“Jika sabit kesalahan individu berkenaan boleh penjara lima tahun.
“Kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu tidak bertanggungjawab dan tindakan tegas akan dikenakan berlandaskan undang-undang sedia ada,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

See also  PENEMUAN DAN PEMUSNAHAN 1 BUTIR BOM JENIS MORTAR 60 MM ILLUMINATING DI KAMPUNG TENANG ULU TIRAM, JOHOR

Terdahulu, media melaporkan, Malaysia mengutuk keras tindakan provokasi negatif yang cuba menjejaskan hubungan Malaysia-Indonesia menerusi satu video, yang menghina negara jiran itu.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui kenyataan malam tadi menegaskan pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat video yang tular berkenaan.

See also  30 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 16,840

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengambil maklum akan satu video yang didakwa dimuat naik oleh warganegara Malaysia dan didakwa memperlekehkan serta menghina Indonesia.

Sebelum itu, satu video, dimuat naik dua minggu lalu oleh individu tidak bertanggungjawab di ruang komentar di laman YouTube My Asean pada ruangan komen, memaparkan lagu kebangsaan Indonesia disunting liriknya yang menghina negara itu.

 

Zoo
Video di ruang komen di YouTube berkenaan dipadamkan, namun dimuat naik ke pelbagai aplikasi lain dan ditularkan di platform media sosial lain di Indonesia, menimbulkan pelbagai komen kebencian dan kemarahan. – UTUSAN ONLINE

See also  Video✓✓berang Kerap membrek, lelaki emosi bertindak tendang kereta dipandu wanita
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis siasat video hina lagu kebangsaan Indonesia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231709
Users Today : 150
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16349
Users Last 30 days : 61995
Users This Month : 41037
Users This Year : 231708
Total Users : 231709
Views Today : 230
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26343
Views Last 30 days : 98390
Views This Month : 66149
Views This Year : 358364
Total views : 358365
Who's Online : 7
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares