Polis bongkar rumah penyimpanan bangkai harimau, gading gajah

Polis bongkar rumah penyimpanan bangkai harimau, gading gajah

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
30 Disember 2020, 7:06 pm

 

KOTA BHARU – Polis berjaya membongkar tempat penyimpanan bangkai dua ekor harimau belang dan kumbang yang sudah dipotong kemaluan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit Tok Che Dol, Kampung Ipoh dekat Tanah Merah hari ini.

 

Dalam serbuan pada pukul 7.40 pagi itu, polis turut merampas 10 batang gading gajah yang turut dipercayai akan dijual menerusi pasaran gelap di negara ini.

 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai penjaga di rumah berkenaan dan merupakan salah seorang yang terlibat dalam sindiket penyimpanan spesies haiwan yang dilindungi itu.

See also  JKM sita Rumah Bonda PDRM siasat kes Bella

 

Katanya, berdasarkan siasatan, dua ekor harimau berusia lebih 10 tahun dan gading-gading gajah itu dianggarkan bernilai RM500,000 mengikut harga pasaran telah disimpan di dalam peti sejuk di dalam rumah itu sejak April lalu.

 

“Siasatan mendapati, kedua-dua ekor harimau ini ditangkap dengan menggunakan kaedah jerat sebelum ia ditembak oleh pemburu haram di kawasan hutan dipercayai di dalam negara ini.

 

“Kita percaya haiwan-haiwan ini ditangkap oleh individu lain sebelum ia diserahkan kepada sindiket ini seterusnya akan dijual di pasaran gelap,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

 

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Adnan Ismail.

See also  Video✓✓[KEADAAN TERKINI SYAMILLA BIHAI, HARIMAU BETINA YANG DISELAMATKAN DI POS BIHAI, GUA MUSANG KELANTAN]

 

Menurut Shafien, berdasarkan siasatan, harimau belang yang dirampas itu dipercayai betina manakala harimau kumbang disyaki jantan berdasarkan kesan yang sudah dipotong pada anggota kemaluan kedua-dua haiwan itu.

 

Katanya, sindiket itu juga bertindak profesional apabila mereka tahu cara terbaik untuk menyimpan haiwan itu dalam tempoh masa yang lama sebelum ia dijual kepada pembeli.

 

“Berdasarkan maklumat Perhilitan, harimau belang ini berharga RM300,000 seekor manakala harimau kumbang pula dianggarkan bernilai lebih RM100,000 mengikut pasaran gelap. Kedua-dua haiwan ini dipercayai sudah mempunyai pembelinya.

 

“Bagi gading gajah, ia dijual pada harga RM10,000 hingga RM15,000 sebatang bergantung kepada berat dan kemampatannya,” katanya.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, polis juga percaya terdapat banyak lagi sindiket yang terlibat dalam pemburuan dan penyimpanan haiwan dilindungi di negeri.

See also  {{Video}} Gajah hilang dahaga dapat hirup air dari tangki air traktor

 

Katanya, dengan pembongkaran sindiket penyimpanan haiwan di Tanah Merah itu, beliau yakin ia akan membuka jalan kepada penangkapan individu lain yang terlibat dalam kegiatan haram itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 68 (1)(b) dan Seksyen 68 (2)(c) Pemuliharaan Hidupan Liar. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis bongkar rumah penyimpanan bangkai harimau, gading gajah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231673
Users Today : 114
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16313
Users Last 30 days : 61959
Users This Month : 41001
Users This Year : 231672
Total Users : 231673
Views Today : 174
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26287
Views Last 30 days : 98334
Views This Month : 66093
Views This Year : 358308
Total views : 358309
Who's Online : 12
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares