????️ Reman 4 hari Pukul kucing bunting hingga mati

Pukul kucing bunting hingga mati kerana berak depan rumah

 


Kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Veterinar dan disiasat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015,”

 

 

 

SEBERANG JAYA – Seorang wanita tergamak memukul seekor kucing yang bunting sehingga mati disebabkan haiwan itu membuang najis di hadapan rumahnya di sebuah flat di sini petang Selasa.

Pihak berkuasa telah menahan dan mendapat reman 4 hari.

 

31Dec2020/Penang

Mahkamah Majistret Bukit Mertajam membenarkan permohonan reman selama 4 hari terhadap wanita berusia 51tahun yang berhadapan tuduhan membunuh kucing  bertempat di pangsapuri  Pintas Kalui 1, Seberang Jaya dengan sebatang besi kelmarin.

See also  NI DIA RESPON POLIS MENGENAI KEMALANGAN DI LAMPU ISYARAT TESCO TANJUNG TOKONG SIANG TADI.

#inforoadblock

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

 

 

 

 

 

 

Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, wanita berusia 51 tahun itu dilihat memukul dua ekor kucing yang berada berhampiran dengan rumahnya dengan sebatang besi hingga menyebabkan seekor lagi cedera di bahagian mulut.

 

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, tingkah laku wanita itu disedari penduduk yang kebetulan sedang duduk berehat di sebuah pondok berhampiran tempat kejadian.

 

Menurutnya, kesal dengan perbuatan wanita itu, lelaki berkenaan kemudiannya menghubungi Jabatan Veterinar bagi melaporkan kejadian.

See also  kabel internet TM putus، Zon utara terjejas

Kucing yang cedera di mulut selepas dipukul seorang wanita di sebuah flat di Pintas Kalui 1 petang Selasa.

“Pengadu melihat wanita itu masuk ke dalam kereta dan mengambil sebatang besi sebelum memukul dua ekor kucing itu.

 

“Lelaki berkenaan melihat wanita itu merungut disebabkan haiwan berkenaan membuang najis di hadapan rumahnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Berikutan itu, Shafee berkata, sepasukan pegawai dari Jabatan Veterinar termasuk pegawai kebajikan haiwan hadir ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Katanya, mereka turut mengambil bangkai serta membawa kucing yang luka kucing untuk dibawa balik ke Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar di Bukit Tengah.

See also  Duduk kedai kopi akan kena caj

 

“Kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Veterinar dan disiasat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

 

Rakaman Video tular di media sosial menunjukkan kejadian berkenaan.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " ????️ Reman 4 hari Pukul kucing bunting hingga mati " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231810
Users Today : 251
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16450
Users Last 30 days : 62096
Users This Month : 41138
Users This Year : 231809
Total Users : 231810
Views Today : 392
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26505
Views Last 30 days : 98552
Views This Month : 66311
Views This Year : 358526
Total views : 358527
Who's Online : 11
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares