Helikopter terhempas,dua selamat

Nasional
Helikopter terhempas,dua selamat

 

Oleh Ruwaida Md Zain
01 Jan 21 10:57

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


PELABUHAN KLANG: Sebuah helikopter persendirian terhempas dalam kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sini sebentar tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Norazam Khamis yang mengesahkan kejadian itu berkata, dua mangsa yang menaiki helikopter terbabit cedera.

“Kedua-dua mangsa sudah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

See also  Siasat Awal Van rempuh kanak-kanak disyaki kenderaan persendirian 

 

Kemaskini petang

 

Helikopter terhempas di Klang, dua cedera

KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter persendirian jenis Turbine Robinson R66 dilaporkan terhempas di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pada Jumaat.

Menurut Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10 pagi.

“Helikopter berkenaan telah melakukan pendaratan cemas dan terhempas di kawasan lapang dan tiada kebakaran berlaku.

See also  Video Ngeri Kain Kanvas lori terbang kearas motosikal

“Terdapat dua mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan mereka berada dalam keadaan stabil serta hanya mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa dikenali sebagai Kharudin Dahlan (juruterbang), 73, mengalami kecederaan di tangan kiri manakala Moithu Kutti Mohamad (pembantu juruterbang), 53, mengalami luka kecil,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

See also  Video✓✓'Rider’ pentingkan diri dikecam netizen

⏩???????????????????? ????????????????????
Januari 1, 2021 10:46 AM

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Helikopter terhempas,dua selamat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238384
Users Today : 1640
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14461
Users Last 30 days : 57725
Users This Month : 47712
Users This Year : 238383
Total Users : 238384
Views Today : 2324
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23421
Views Last 30 days : 92078
Views This Month : 76375
Views This Year : 368590
Total views : 368591
Who's Online : 66
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares