Sedar anak hilang selepas tular di FB

Sedar anak hilang selepas tular di FB

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

MyMetro
Melvin Joni
am@hmetro.com.my

 

Kota Samarahan: Lelaki hanya menyedari anaknya yang berusia empat tahun hilang selepas melihat gambar kanak-kanak itu tular di Facebook (FB).

 

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Suprintendan Sudirman Kram berkata, kejadian itu berlaku pagi hari ini selepas kanak-kanak lelaki terbabit ditemukan oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan.

 

Menurutnya, kanak-kanak berkenaan ditemukan merayau sendirian di Taman Stigang di sini.

See also  Kanak² Malang Disangka Ahli Sihir Telah Dibuang Keluarga

 

Katanya, anggota MPV terbabit kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Kota Samarahan pada 10 pagi sebelum kaunter aduan balai berkenaan menerima panggilan daripada bapanya pada 10.10 pagi.

“Lelaki itu mengakui gambar kanak-kanak yang tular di FB adalah anaknya.

 

“Lelaki itu mendakwa dia membaiki rumah di tingkat atas, manakala anaknya dikatakan menonton televisyen di tingkat bawah.

 

“Apabila turun didapati anaknya tiada dan beranggapan kanak-kanak itu mengikut emaknya untuk membersih rumah di tempat lain,” katanya ketika dihubungi.

See also  Langgar SOP: Jemaah berselawat ketika ditahan polis

 

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya datang sendiri ke Balai Polis Kota Samarahan untuk mengambil anaknya.

 

“Pegawai bertugas memberi amaran kepadanya dan kanak-kanak itu diserahkan kepada bapanya dalam keadaan selamat,” katanya.

 

Menurut Sudirman, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas kanak-kanak terbabit akibat pengabaian atau kecuaian, ibu bapanya boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

See also  [Video] 3 cedera dan 3 ditahan pergaduhan di perkarangan Hospital Ipoh

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 8:22 PM

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sedar anak hilang selepas tular di FB " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231757
Users Today : 198
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16397
Users Last 30 days : 62043
Users This Month : 41085
Users This Year : 231756
Total Users : 231757
Views Today : 306
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26419
Views Last 30 days : 98466
Views This Month : 66225
Views This Year : 358440
Total views : 358441
Who's Online : 11
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares