Video empangan Sibol pecah tidak benar

Video empangan Sibol pecah tidak benar

Oleh MASTURAH SURADI
3 Januari 2021, 8:28 pm

 

KOTA TINGGI – Dakwaan kejadian sebuah empangan Sibol pecah akibat kejadian hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku banjir di daerah ini adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora yang turut memaklumkan bahawa di daerah ini tiada empangan Sibol.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

“Semakan pihak kami mendapati berita tular menyatakan empangan Sibol pecah adalah tidak benar.

 

“Video yang tular ini adalah merupakan lokasi kolam takungan sisa Kilang Sawit Sibol B, Bandar Tenggara.

See also  Berpantang maut sebelum ajal...!!!

 

Anggota Polis Bandar Tenggara juga telah membuat lawatan ke lokasi dalam video untuk memastikan info yang diterima,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Hussin berkata, tiada jalan yang dinaiki air akibat dari limpahan air tersebut kerana kedudukan kilang sawit Sibol B yang jauh dari laluan.

 

Dalam perkembangan lain, Hussin memaklumkan hanya laluan masuk ke bandar Kota Tinggi sahaja yang ditutup sementara berikutan air banjir berada dalam paras bahaya untuk semua kenderaan.

See also  Degil tidak berpelitup muka dalam ETS di tegur

 

Katanya, laluan utama antara daerah dari Kulai, Johor Bahru serta Mersing ke Kota Tinggi masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

 

“Paras air berada pada paras bahaya jadi ia ditutup untuk elakkan kenderaan kecil lalu tersangkut di atas jalan akibat melanggar benda-benda yang dibawa arus yang tidak kelihatan.

 

“Kita menasihatkan orang ramai agar patuhi arahan-arahan papan tanda yang telah diletakkan di atas jalan oleh pihak berkuasa atau petugas-petugas PDRM yang sedang bertugas,” katanya.

See also  Sebar berita palsu, ‘Jenifer Lawrence’ kini diburu polis

 

Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Kota Tinggi di talian 07-8332158 untuk mendapatkan sebarang informasi berkaitan banjir di daerah Kota Tinggi. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video empangan Sibol pecah tidak benar " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231823
Users Today : 264
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16463
Users Last 30 days : 62109
Users This Month : 41151
Users This Year : 231822
Total Users : 231823
Views Today : 420
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26533
Views Last 30 days : 98580
Views This Month : 66339
Views This Year : 358554
Total views : 358555
Who's Online : 12
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares