Penghantar makanan maut langgar jalan berlopak

Penghantar makanan maut langgar jalan berlopak

 

Petaling Jaya: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggang melanggar lopak di bahu jalan sebelum terjatuh dalam kemalangan di Jalan PJU 7/2, di sini, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 1.15 tengah hari ketika mangsa sedang dalam perjalanan menghantar makanan.

 

“Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan.

See also  Video✓✓ Sikap samseng pemandu Mitsubishi Triton serang jurugambar

 

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecedaraan parah,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Nik Ezanee berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat selepas mendapat keputusan ujian Covid-19.

 

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

See also  Penunggang motosikal maut akibat rempuhan berkelajuan tinggi

Kejadian ini adalah kejadian kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut yang menyebabkan penunggang motosikal maut akibat terlanggar lopak di jalan raya.

 

 

Semalam, lelaki warga emas maut selepas terjatuh apabila motosikal ditunggang melanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di sini.

 

Mangsa, Ho Yan Fee, 75, juga dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 5:39 PM

See also  Pemandu rempuh motosikal dakwa mengantuk

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
Video/gambar: Media sosial

▶️HarianMetro
#kongsiinfo✍

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penghantar makanan maut langgar jalan berlopak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

239025
Users Today : 2281
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15102
Users Last 30 days : 58366
Users This Month : 48353
Users This Year : 239024
Total Users : 239025
Views Today : 3227
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24324
Views Last 30 days : 92981
Views This Month : 77278
Views This Year : 369493
Total views : 369494
Who's Online : 45
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares