Degil tidak berpelitup muka dalam ETS di tegur

#Taiping Hampir setahun COVID-19 menyerang Malaysia, pastinya orang ramai sudah cukup faham dengan isu pandemik yang melanda.

 

Memakai pelitup muka di tempat awam serta mengikuti SOP yang ditetapkan sudah menjadi kewajipan orang ramai dalam usaha untuk mengekang penyebaran wabak merbahaya ini.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam pada itu, masih terdapat lagi individu yang keras kepala serta enggan mengikut peraturan yang ditetapkan. Malah, yakin apa yang dilakukan tidak salah serta bertentangan dengan SOP yang ditetapkan.

 

Situasi ini nampaknya telah berlaku dalam sebuah kereta api ETS baru-baru ini apabila seorang wanita yang bergerak dari Taiping ke Ipoh enggan memakai pelitup muka.

See also  Gempar Babi masuk dalam Alamanda Putrajaya

Tindakan wanita ini mulai disedari seorang lelaki sewaktu 20 minit awal perjalanan sebelum ditegur. Walau bagaimanapun, teguran yang dibuat lelaki tersebut dikatakan tidak diendahkan wanita ini sehingga memaksa lelaki tersebut memilih untuk memaklumkan kepada pihak yang bertugas.

 

Pihak krew ETS seterusnya telah membuat pengumuman kepada semua penumpang untuk memakai pelitup muka dan mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum pihak kapten ETS sendiri tampil untuk menyarankan kepada wanita degil ini untuk memakai pelitup muka.

See also  {{Video}} Kecekapan Sjn Mejar Maznan berjaya selamatkan remaja cubaan bunuh diri

 

Menurut World of Buzz, situasi menjadi lebih panas apabila wanita berkenaan mengatakan beliau sebagai pelanggan tidak layak menerima jeritan meskipun kapten berkenaan tidak meninggikan suara.

 

Wanita berkenaan seterusnya turut mengeluarkan telefon pintar beliau sebelum menjerit kepada lelaki yang menyarankan beliau memakai pelitup muka pada awalnya dengan melabelkan lelaki berkenaan sebagai ‘tidak ada otak’ sebelum memilih untuk memakai pelitup muka secara terpaksa.

See also  Pati ceroboh negara diisytihar persona non grata

 

Situasi yang dianggap remeh ini nampaknya telah menjadi isu yang besar berikutan kekecohan yang dibuat yang seterusnya tular di Facebook.

Sumber: The Vocket

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Degil tidak berpelitup muka dalam ETS di tegur " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231830
Users Today : 271
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16470
Users Last 30 days : 62116
Users This Month : 41158
Users This Year : 231829
Total Users : 231830
Views Today : 434
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26547
Views Last 30 days : 98594
Views This Month : 66353
Views This Year : 358568
Total views : 358569
Who's Online : 14
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares