Buang ‘Saka’ Dalam Sungai, JPJ Sudah Ambil Tindakan Terhadap Pemilik Kenderaan!

Buang ‘Saka’ Dalam Sungai, JPJ Sudah Ambil Tindakan Terhadap Pemilik Kenderaan!

 

Wanita berkenaan menjelaskan dia baru balik berubat dari Kuala Krai dan diminta oleh perawat tradisional supaya membuang barang saka ke dalam arus sungai yang mengalir.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik kenderaan yang tular susulan membuang sampah ke dalam sungai baru baru ini.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

JPJ menerusi kenyataan media berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis temu siasat mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kenderaan berkenaan.

See also  Balik Jepun, saya nak cari awek Melayu” -

 

“Membuang sampah dari kenderaan bermotor adalah satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas Jalan 1959.

 

“Jika disabitkan kesalahan, hukuman boleh dikenakan terhadap pelaku mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

 

“Jika sabitan kesalahan kedua boleh didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjara tidak melebihi dua bulan penjara atau kedua-duanya,” katanya.

Pada masa sama, JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan amalan membuang sampah dari kenderaan sebagai kebiasaan kerana ia boleh mencemarkan alam sekitar serta boleh membahayakan kepada pengguna jalan raya lain yang menggunakan jalan berkenaan.

See also  Tahan sakit 30 minit, kepala tersangkut pintu jeriji

 

Terdahulu, tular video sebuah kereta yang berhenti di jambatan sebelum seorang wanita membuang sampah ke dalam sungai menerusi tingkap.

 

Video berdurasi 20 saat itu mendapat kecaman daripada netizen yang mengatakan individu berkenaan tiada kesedaran sivik sehingga sanggup membuang sampah secara terbuka ke dalam sungai.

 

Namun, terdapat page Facebook yang memaklumkan wanita berkenaan memohon maaf atas tindakannya.

 

See also  Kasihannya 60 penghuni terpaksa kongsi telefon untuk PdPR

Wanita berkenaan menjelaskan dia baru balik berubat dari Kuala Krai dan diminta oleh perawat tradisional supaya membuang barang saka ke dalam arus sungai yang mengalir.

Sumber: Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Buang ‘Saka’ Dalam Sungai, JPJ Sudah Ambil Tindakan Terhadap Pemilik Kenderaan! " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231674
Users Today : 115
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16314
Users Last 30 days : 61960
Users This Month : 41002
Users This Year : 231673
Total Users : 231674
Views Today : 177
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26290
Views Last 30 days : 98337
Views This Month : 66096
Views This Year : 358311
Total views : 358312
Who's Online : 8
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares