Nafi tumbuk penunggang motosikal siasatan tetap dijalankan

Nafi tumbuk penunggang motosikal

siasatan tetap dijalankan
MyMetroMutakhir

 

Petaling Jaya: 8/1/2021 Anggota polis trafik yang didakwa menumbuk seorang penunggang motosikal di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini, membuat laporan menafikan perkara itu.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, satu sekatan jalan raya (SJR) dilakukan di lokasi itu membabitkan tujuh anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya jam 8 hingga 9 pagi tadi.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

“Dalam kejadian ini, sebuah motosikal dinaiki sepasang suami isteri warga tempatan cuba melarikan diri daripada SJR.

 

“Ketika melarikan diri, penunggang motosikal itu melanggar kaki seorang anggota polis bertugas sebelum dia berjaya ditahan oleh anggota yang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

See also  Polis cari penunggang motosikal ketuk cermin kereta depan PGRM Cheras

 

Nik Ezanee berkata, penunggang motosikal itu dikenakan tindakan saman kerana kesalahan tidak menggunakan lorong motosikal, tiada lesen serta cukai jalan tamat tempoh.

 

“Semakan juga mendapati penunggang motosikal itu mempunyai 58 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

 

“Susulan kejadian tular itu, kami sudah mengesan anggota berkenaan dan dia ada membuat laporan menafikan kejadian terbabit. Namun, kami tetap menjalankan siasatan dari segi jenayah dan pelanggaran disiplin,” katanya.

 

Beliau berkata, setakat ini, penunggang motosikal itu belum tampil membuat laporan berhubung kejadian berkenaan.

See also  Tiga kali polis tumbuk muka saya

 

“Kami sedang mengesan penunggang motosikal berkenaan bagi membantu siasatan. Malah, kertas inkuiri polis juga sudah dibuka dan siasatan ke atas anggota terbabit sedang giat dijalankan.

 

“Pendirian kami adalah tegas dan konsisten di mana apa saja salah laku pegawai serta anggota akan disiasat dengan teliti. Tindakan akan diambil dari sudut undang-undang serta tatatertib sekiranya didapati wujud kesalahan,” katanya yang memaklumkan anggota polis berkenaan tidak ditahan.

 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azaman Sharia’at berkata, pihaknya mengambil berat dan serius berhubung kejadian berkenaan.

“Kami akan segera menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kejadian sebenar dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi 37 saat menunjukkan seorang anggota polis dilihat menumbuk seorang penunggang motosikal yang ditahan di tepi jalan untuk pemeriksaan tular di media sosial, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 4:31 PM

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Nafi tumbuk penunggang motosikal siasatan tetap dijalankan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238983
Users Today : 2239
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15060
Users Last 30 days : 58324
Users This Month : 48311
Users This Year : 238982
Total Users : 238983
Views Today : 3164
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24261
Views Last 30 days : 92918
Views This Month : 77215
Views This Year : 369430
Total views : 369431
Who's Online : 36
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares