Nenek pijak cucu OKU hingga maut di reman sambung 6 hari

Nenek pijak cucu OKU hingga maut di reman sambung 6 hari

Kumara Sabapatty

7 January 2021

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Wanita Indonesia yang didakwa memijak dan menendang cucu saudaranya sehingga maut dalam kejadian 30 Disember lalu di Kampung Sungai Chinchin dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk disambung reman bagi membantu siasatan polis. Foto AFFAN FAUZI, 07 JANUARI 2021.

 

GOMBAK 7/1/2021 – Reman seorang wanita warga Indonesia yang ditahan kerana disyaki memijak dan menendang cucunya kanak-kanak berusia 5 tahun 11 bulan sehingga usus pecah dan maut disambung reman selama enam hari lagi.

 

Suspek utama yang berusia 55 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang jam 9.39 pagi dengan menaiki MPV Polis.

 

Wanita itu berpakaian lokap warna jingga dengan tangannya bergari serta bertudung hitam dibawa di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan untuk proses perintah sambung reman bagi membantu polis melengkapkan kerts siasatan kes.

See also  Wanita dibelasah lelaki berpangkat 'datuk' hanya kerana bunyikan hon

Pegawai Penyiasat kes berkenaan, Inspektor Rezal turut hadir.

 

Majistret Nik Mohd Fadli yang mendengar proses permohonan reman itu telah membenarkan suspek direman enam hari lagi mulai esok sehingga 13 Januari ini.

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan boleh dihukum gantung jika disabit kesalahannya.

 

Suspek kemudian dibawa keluar dari mahkamah 15 minit kemudian dan dimasukkan ke dalam lokap mahkamah.

 

Manakala lima lagi ahli keluarganya termasuk bapa kandung kanak-kanak OKU malang itu yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

 

Pegawai Penyiasat berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk proses pendakwaan di mahkamah nanti.

See also  Oku lumpuh memerlukan kerusi roda

Katanya, pihak pendakwaraya akan menentukan status lima suspek yang dibebaskan dengan jaminan polis, sama ada akan dituduh atau dijadikan saksi pendakwaan dalam kes itu nanti di mahkamah.

 

Semalam MalaysiaGazette melaporkan penahanan reman kesemua enam ahli sekeluarga bersama wanita berkenaan selama enam hari sejak 2 Januari 2021 oleh pasukan polis Gombak selepas kejadian berlaku pada 30 Disember lalu di rumah suspek di Kampung Sungai Chinchin, Gombak.

 

Kesemua suspek ditahan pada 1 Januari lalu selepas laporan bedah siasat terhadap mayat kanak-kanak itu oleh Hospital Kuala Lumpur pada hari yang sama mendedahkan terdapat unsur jenayah iaitu lebam dan dipijak serta ditendang hingga usus perut pecah dan meninggal dunia.

See also  Mengamuk tak dapat wang beli dadah, lelaki bakar motosikal

 

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa tidak sedar diri selepas muntah di ruang tamu.

 

Paramedik yang memeriksa mangsa mengesahkan kanak-kanak malang itu telah meninggal dunia. – MalaysiaGazette

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Nenek pijak cucu OKU hingga maut di reman sambung 6 hari " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231749
Users Today : 190
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16389
Users Last 30 days : 62035
Users This Month : 41077
Users This Year : 231748
Total Users : 231749
Views Today : 294
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26407
Views Last 30 days : 98454
Views This Month : 66213
Views This Year : 358428
Total views : 358429
Who's Online : 13
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares