Pesara SEB cedera disamun dua lelaki tidak dikenali di Simanggang

Pesara SEB cedera disamun dua lelaki tidak dikenali di Simanggang

 

 

SIMANGGANG: 7/1/2021

Seorang pesara Sarawak Energy Berhad (SEB) diserang dan disamun dua lelaki yang tidak dikenali ketika memancing di Jalan Entulang-Bungkang, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan Bing Kok John memberitahu, insiden tersebut menyebabkan mangsa yang berusia 60 tahun mengalami luka dan bengkak di bahagian belakang leher.

 

“Lebih teruk, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bewarna perak miliknya turut dilarikan bersama kad pengenalan, kad bank dan wang tunai sekitar RM200.

See also  ((Video))Siang Hari nekad Curi Bateri tumpas

 

Dalam kejadian sekitar 4:00 petang itu, mangsa dipercayai diserang oleh dua lelaki berbangsa Iban yang bertindak memukulnya dengan kuat menggunakan benda keras sehingga menyebabkannya jatuh ke dalam parit,” katanya di sini, hari ini.

 

Menurut keterangan mangsa jelasnya, suspek yang memukulnya dilihat berbadan gempal menggunakan seluar pendek, berambut panjang paras bahu.

See also  Orang kampung berjaya tangkap 2 peragut

 

“Sementara seorang lagi suspek berbadan tinggi dan menggunakan topi kebun ketika kejadian telah melarikan kenderaan milik mangsa dan memandunya lari menuju ke arah Taman Harmoni.

 

“Mangsa bagaimanapun mengaku tidak melihat dengan jelas wajah kedua-dua suspek ekoran kejadian berlaku dengan cepat.

 

Bing Kok menyeru orang ramai yang terlihat insiden tersebut diharap tampil membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan 379A Kanun Keseksaan.

See also  Kemaskini 4:30pm_LAPORAN KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK ANGGOTA PGA DAN PENYELUDUP KETUM

 

 

By OSMAN RAZALI|January 7th, 2021|Categories: JENAYAH, TEMPATAN

Suara sarawak

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pesara SEB cedera disamun dua lelaki tidak dikenali di Simanggang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238085
Users Today : 1341
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14162
Users Last 30 days : 57426
Users This Month : 47413
Users This Year : 238084
Total Users : 238085
Views Today : 1913
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23010
Views Last 30 days : 91668
Views This Month : 75965
Views This Year : 368180
Total views : 368181
Who's Online : 60
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares