Kira-kira 5,000 katil masih kosong di Maeps

Kira-kira 5,000 katil masih kosong di Maeps

Oleh NOR IDAYU BOSRO

9 Januari 2021, 4:17 pm

 

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,137 katil masih kosong di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) sekali gus menolak dakwaan bahawa pusat kuarantin itu mengalami kesesakan.

 

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Aminuddin Hassim berkata, jumlah itu menunjukkan pusat kuarantin tersebut mempunyai kapasiti kira-kira 60 peratus untuk menempatkan pesakit.

See also  Berjudi di Maeps: Polis buka kertas inkuiri

 

Menurutnya, pada masa ini, PKRC itu mempunyai 8,000 katil namun berkapasiti sebenar 10,000 katil.

 

“Setakat 12 tengah malam semalam, jumlah pesakit semasa ialah 2,863 orang.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

“Daripada 8,000 katil sedia ada jumlah katil yang masih kosong ialah 5,137 buah dan ini bermakna 40 peratus sedang digunakan manakala 60 peratus katil masih kosong,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

See also  Balik Jepun, saya nak cari awek Melayu” -

 

Pada masa sama, Aminuddin turut menolak dakwaan bahawa pusat kuarantin itu sesak dan ‘dibanjiri’ pesakit Covid-19 seperti yang digambarkan dalam satu video tular semalam.

 

“Gambaran dalam video tular bahawa PKRC sesak itu mengelirukan orang ramai. Keadaan dalam video itu hanyalah situasi biasa ketika proses discaj harian,” katanya.

 

Semalam, tular satu video perkongsian menunjukkan situasi semasa PKRC Maeps yang kononnya mengalami kesesakan berikutan pertambahan pesakit Covid-19 bergejala ringan dan individu menjalani kuarantin. -K! ONLINE

See also  Adik Ini Kuarantin Seorang Diri Di MAEPS, Ayah Pula Disahkan Meninggal Dunia Kerana COVID-19
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kira-kira 5,000 katil masih kosong di Maeps " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231832
Users Today : 273
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16472
Users Last 30 days : 62118
Users This Month : 41160
Users This Year : 231831
Total Users : 231832
Views Today : 439
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26552
Views Last 30 days : 98599
Views This Month : 66358
Views This Year : 358573
Total views : 358574
Who's Online : 10
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares