Penganggur samun stesen minyak dicekup

Penganggur samun stesen minyak dicekup

 

JITRA –9/1/2021 Seorang penganggur ditahan kurang tiga jam selepas melarikan wang tunai RM900 dalam kejadian samun sebuah stesen minyak di Kubang Lembu di sini semalam

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Telok dalam Mukim Binjal di sini kira-kira pukul 1 petang.

 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, suspek yang memakai penutup muka pergi ke stesen minyak tersebut dengan menunggang motosikal kira-kira pukul 10.40 pagi.

 

See also  Teruknya Samun motosikal penghantar J&T

“Suspek kemudian memasuki premis stesen minyak itu dan terus melompat ke kaunter sambil mengacukan pisau ke arah pekerja wanita berusia 33 tahun.

 

“Lelaki terbabit mengarahkan pekerja terbabit menyerahkan wang di kaunter premis,” katanya di sini hari ini.

 

Katanya, seorang lagi rakan sekerja mangsa yang menyedari kejadian menjerit meminta bantuan.

 

“Suspek sempat melarikan wang dari laci kaunter sebanyak RM900 sebelum melarikan diri.

 

“Dalam kejadian itu, suspek telah tertinggal pisau yang digunakan, dipercayai terkejut dengan perbuatan rakan mangsa menjerit meminta bantuan,” ujarnya.

See also  Seorang daripada dua suspek menaiki proton waja MAS 175 diberkas polis

 

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu berjaya memberkas suspek di sebuah rumah di Kampung Telok.

 

“Barang kes turut ditemui bersama suspek selain dia juga mengaku terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan pisau di sebuah kedai serbaneka di Changlun pada 5 Januari lalu,” katanya.

 

Tambahnya, pihaknya merampas motosikal jenis Honda Wave, pakaian digunakan, topi keledar serta wang tunai berjumlah RM750.

 

“Suspek yang positif dadah dan mempunyai rekod lampau kes ugutan jenayah dan dadah direman selama enam hari bermula hari ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

See also  Geng Curi RXZ Jitra Tumpas

 

Oleh #KOSMO!

8 Januari 2021, 7:21 pm

 

Gambar: Polis

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penganggur samun stesen minyak dicekup " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231735
Users Today : 176
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16375
Users Last 30 days : 62021
Users This Month : 41063
Users This Year : 231734
Total Users : 231735
Views Today : 273
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26386
Views Last 30 days : 98433
Views This Month : 66192
Views This Year : 358407
Total views : 358408
Who's Online : 16
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares