Kanak-kanak dakwa didera, dihalau ibu bapa

Kanak-kanak dakwa didera, dihalau ibu bapa

 

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB

10 Januari 2021, 10:30 am

 

SHAH ALAM – Tular seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun didakwa dihalau ibu bapanya sendiri ditemui di sekitar jalan raya menuju ke sebuah pasar raya di Setia Alam di sini, semalam.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kanak-kanak yang menunggang basikal sendirian dan membawa beg galas itu ditemui pukul 3.30 petang oleh sepasang suami isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kawasan berhampiran.

 

Menurut perkongsian seorang pengguna laman instagram, faizbm berkata, kanak-kanak itu dalam perjalanan menuju ke rumah nenek di Batu Belah, Klang.

See also  Kucing sarat mengandung didera kejam hingga maut.

 

 

Katanya, ketika ditemukan didapati kanak-kanak sedang bersedih sebelum dibawa menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera.

 

“Kanak-kanak itu menyatakan kerap dimarahi dan didera oleh ibu bapanya sebelum nekad keluar daripada rumahnya di D’Kiara ( Puchong).

 

“Lebih menyedihkan, ibu bapanya memberikan ‘keizinan’ dan menemankannya turun sehingga keluar bilik pengawal rumah berkenaan,” katanya.

Lelaki itu turut menambah, kanak-kanak perempuan itu juga didakwa dibiarkan mengayuh basikal sendirian.

 

See also  Video Lelaki kejam pukul kaki bayi dengan penyapu lidi

“Ibu bapa dia sempat berpesan sekiranya dirogol agar tidak menyalahkan mereka.

 

“Malah, ibu bapa kanak-kanak itu didakwa hanya akan membuat laporan polis sekiranya kehilangan anak,” jelasnya.

 

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna lain di laman itu termasuk syazleenghz memaklumkan seorang kanak-kanak tidak akan menipu dalam pengakuannya.

 

“The truly is ( yang sebenarnya) budak-budak tidak pernah menipu dan tidak pandai menipu. So, i know (Jadi saya tahu) dia memang kena dera dengan parents (ibu bapa) dia,” jelasnya.

 

Selain itu, terdapat juga yang ingin mengetahui sama ada kanak-kanak itu selamat tiba rumah neneknya.

See also  VIDEO-Samun beg tangan ketika Sujud

 

“Sekarang budak ini kat rumah nenek dia ke ? cuma hendak tahu dia selamat sampai sahaja,” kata pengguna Wadawawaa. -K! ONLINE✍️????

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kanak-kanak dakwa didera, dihalau ibu bapa " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231818
Users Today : 259
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16458
Users Last 30 days : 62104
Users This Month : 41146
Users This Year : 231817
Total Users : 231818
Views Today : 407
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26520
Views Last 30 days : 98567
Views This Month : 66326
Views This Year : 358541
Total views : 358542
Who's Online : 7
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares