Terjun dari tingkat 18: Pelajar universiti dipercayai bunuh diri akibat cemburu

Terjun dari tingkat 18: Pelajar universiti dipercayai bunuh diri akibat cemburu

 

AYER KEROH 8 Jan. – Angkara mengesyaki teman lelaki ada wanita lain, seorang pelajar sebuah universiti di sini dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat 18 sebuah pangsapuri di Bukit Beruang di sini, awal pagi tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mayat pelajar berusia 21 tahun itu ditemui rakan-rakannya di atas tanah di belakang blok kediaman asrama mereka.

 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, remaja terbabit dipercayai terjun dari tingkat 18 pangsapuri sebelum mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

See also  Nenek ditemui selamat selepas dihanyutkan arus deras

 

Berdasarkan keterangan rakan mangsa, sekitar jam 10 malam semalam (Khamis) mangsa bersama rakan-rakannya berbincang tentang hubungannya dengan teman lelaki.

 

“Ketika perbincangan satu pertengkaran berlaku apabila si mati mengesyaki teman lelakinya ada wanita lain sebelum dia berlari keluar dari rumah pada kira-kira jam 1 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

 

Susulan itu Afzanizar berkata, rakan-rakannya kemudian mencari pelajar itu di sekeliling kawasan penginapan universiti.

See also  Rakaman Mendebarkan Perlanggaran Kapal Di Terminal Tanjung Beruas

 

“Pada kira-kira jam 1.30 pagi, rakan-rakannya menjumpai mayat mangsa di atas tanah di belakang Blok D pangsapuri terbabit.

 

“Siasatan polis dibuat di setiap tingkat Blok D yang kosong dan telah menjumpai sepasang selipar di atas simen dan satu cermin mata putih di atas tembok berhampiran tangga di tingkat 18 Blok D.

 

“Mangsa dipercayai telah membunuh diri dengan cara terjun dari tingkat 18 blok berkenaan,” katanya.

 

Tambahnya mayat kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

See also  Lelaki tampil minta maaf selepas curi beras ‘food bank’

 

 

Sumber : https://www.melakahariini.my/terjun-dari-tingkat-18-pelajar-universiti-dipercayai-bunuh-diri-akibat-cemburu/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Terjun dari tingkat 18: Pelajar universiti dipercayai bunuh diri akibat cemburu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

239068
Users Today : 2324
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15145
Users Last 30 days : 58409
Users This Month : 48396
Users This Year : 239067
Total Users : 239068
Views Today : 3281
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24378
Views Last 30 days : 93035
Views This Month : 77332
Views This Year : 369547
Total views : 369548
Who's Online : 45
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares