Tiga kali polis tumbuk muka saya

‘Tiga kali polis tumbuk muka saya’

Kuala Lumpur: “Tiga kali dia tumbuk muka saya, apa yang dia (anggota polis) nafikan itu adalah tidak benar, sebaliknya dia sudah menumbuk saya dua kali sebelum video itu dirakam,” kata Muhammad Farhan Awang Kafli, 30.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Muhammad Farhan berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum melalui satu sekatan jalan raya (SJR).

 

“Saya memang akui bersalah kerana cuba melarikan diri tetapi saya berhenti apabila ditahan.

 

“Ketika ditahan itu anggota polis berkenaan sudah menumbuk saya sebanyak dua kali, kemudian dia datang lagi merampas kunci motor dan mendakwa saya melanggar kakinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

See also  #kemaskiniVideo@Kenapa masih berleluasa samseng buli di MRSM

 

Menurutnya, ketika cuba menjelaskan keadaan dia kemudian ditumbuk sekali lagi dan dilemparkan kata-kata kesat.

 

“Dia beritahu isteri saya kenapa saya ini bodoh sangat, saya tahu saya melakukan kesalahan namun tindakan dia (anggota polis) itu tidak boleh diterima.

 

“Saya sudah cuba menjelaskan bahawa saya tidak melanggar kaki dia, namun dia tidak boleh terima dan menumbuk saya,” katanya.

 

Katanya, dia dan isteri kini sedang membuat laporan polis berhubung kejadian.

 

“Saya berharap siasatan yang telus dapat dijalankan kerana tindakan anggota polis itu tidak boleh diterima.

See also  Pembeli berdepan denda RM2,000 beli jualan di lampu isyarat

 

“Sekali lagi saya mengaku saya melakukan kesalahan tetapi tidak boleh menghukum saya dengan cara begitu,” katanya.

 

Terdahulu, anggota polis trafik yang didakwa menumbuk seorang penunggang motosikal di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini, membuat laporan menafikan perkara itu.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, satu SJR dilakukan di lokasi itu membabitkan tujuh anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya jam 8 hingga 9 pagi tadi.

 

 

Satu video berdurasi 37 saat menunjukkan seorang anggota polis dilihat menumbuk seorang penunggang motosikal yang ditahan di tepi jalan untuk pemeriksaan tular di media sosial, hari ini.

See also  Dua penjenayah bersenjata warga asing mati ditembak

 

Berita berkaitan

 

• Nafi tumbuk penunggang motosikal namun siasatan tetap dijalankan [METROTV]

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiga kali polis tumbuk muka saya " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

239110
Users Today : 2366
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15187
Users Last 30 days : 58451
Users This Month : 48438
Users This Year : 239109
Total Users : 239110
Views Today : 3340
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24437
Views Last 30 days : 93094
Views This Month : 77391
Views This Year : 369606
Total views : 369607
Who's Online : 36
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares